in

Bekalan Vaksin Untuk Fasa 3 Mungkin Tak Cukup – Khairy Jamaluddin

Ft Vaksintakcukup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekalan vaksin mungkin tidak cukup untuk memulakan Fasa 3 program vaksinasi Covid-19 pada Mei ini seperti dirancang.


Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata ia sebahagian besarnya bergantung pada bekalan vaksin, lapor FMT.

Fasa 2 berjalan dengan baik. Fasa itu sedang berjalan. Fasa 3 sepatutnya bermula pada Mei tapi saya tak tahu adakah bekalan kita mencukupi. Kita akan buat pengumuman berhubung perkara ini nanti.”

Kj1

Katanya, program vaksinasi sukarela dengan vaksin AstraZeneca adalah istimewa dan dikategorikan bawah Fasa 4 kawalan penyakit di Kuala Lumpur dan Selangor, memandangkan penularan yang tinggi sedang berlaku di dua lokasi tersebut.

Sementara itu, sesi percubaan suntikan vaksin AstraZeneca kepada beberapa individu yang dibuat sebelum ini dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simptom sakit kepala yang teruk. Kata beliau, setakat ini kesan sampingan yang berlaku hanyalah demam biasa.

Menurut MalaysiaGazette, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menasihatkan penerima-penerima vaksin Astrazeneca agar memantau kesihatan masing-masing. Selain itu beliau turut berkata agar individu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala yang tersenarai dalam masa 4 hari hingga 4 minggu selepas suntikan pertama.

Astra1

Astra2

Gejala yang tersenarai adalah seperti berikut:

  • Sakit kepala yang teruk – tidak berkurangan dengan ubat tahan sakit atau semakin teruk
  • Sakit kepala semakin teruk apabila baring atau ketika membongkok
  • Sakit kepala luar biasa disertai dengan pandangan kabur, loya dan muntah, sukar bertutur, lemah, mengantuk atau sawan
  • Bintik-bintik kecil pada kulit, lebam atau berlaku pendarahan
  • Sukar bernafas, sakit dada
  • Bengkak pada kaki
  • Sakit perut yang berterusan

Baca: Rentas Daerah Untuk Temu Janji Vaksin Tak Perlu Surat Polis – KJ

Ft Vaksinastra

Sumber: FMT
Sumber: Malay Mail
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.