in

Rentas Daerah Untuk Temu Janji Vaksin Tak Perlu Surat Polis – KJ

Ft Vaksinastra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui sidang media yang diadakan semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei berikutan peningkatan kes Covid-19.


Tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam pula dikenakan Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB). Enam daerah yang terlibat adalah:

  • Hulu Langat
  • Petaling
  • Gombak
  • Klang
  • Kuala Langat
  • Sepang

Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah.”

Vaksin5

 

Temu janji vaksinasi macam mana?

Semua sedia maklum temu janji vaksin AstraZeneca di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terletak di Selangor dan Kuala Lumpur dan program itu akan bermula hari ini, Rabu, 5 Mei.

Vaksin1

Justeru, sejurus pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa penerima vaksin tidak perlu surat polis untuk merentas daerah bagi menghadiri janji temu ditetapkan.

Penerima vaksin TIDAK perlu surat polis. Cukup sekadar menunjuk janji temu dalam MySj atau laman web atau SMS.”

 

Baca: [TERKINI] 6 Daerah Di Selangor Dikenakan PKP Mulai 6 Mei

Is

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.