in

“Beby sini beby…” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Gelagat Si Suami Sempoi & Kelakar Ni Lepas Dah ‘SAH’

Feat1 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelagat sempoi, happy go lucky dan personaliti yang kelakar sentiasa mendapat perhatian serta akan menghiburkan ramai orang sekeliling.


Baru-baru ini, viral sebuah video TikTok menunjukkan perkahwinan pasangan dari Indonesia kerana pengantin lelakinya yang buat netizen terhibur. Video itu menunjukkan detik ketika pasangan tersebut diijabkabulkan dan ketika itu pengantin lelaki bernama Aden Alfurqon dilihat berseorangan tanpa pengantin perempuan di sisinya.

Vid

Sebaik saja, ‘sah’ menjadi suami isteri dia diminta untuk memanggil isterinya untuk datang ke meja tersebut. Namun, gelagatnya yang sempoi itu menghiburkan ramai tetamu yang hadir ke majlis mereka.

Beby sini beby… Sayangku, cintaku, berlianku…”

Isterinya, Pipit Fitria dilihat tersenyum manis berjalan ke arah suami dan tersipu malu ketika diusik. Bukan dengan isteri je, dengan Tok Kadi pun dia sempat bergurau sekali bila dia tegur isteri konon-konon ajak cium sebab dah halal kan. Tapi, Tok Kadi pula jadi cuak, siap cakap,

Jangan dulu. Oh belum jangan dulu.”

Korang tengok sendiri gelagat dia:

@pifitriaa

Love you suami❤️ @adenalfurqon

♬ original sound – Pipit Fitria – Pipit Fitria

 

“Seronok dapat pasangan kelakar”

Ramai netizen di sana yang terhibur tengok gelagat si suami dan ada yang tersengih tengok dia yang ‘sweet’ dengan isteri walaupun dengan cara melawak macam tu.

Tak ketinggalan, ramai yang berharap dapat peneman hidup yang kelakar dan happy go lucky macam tu. Setakat ini, video itu sudah mendapat lebih 210,000 tontonan dan lebih 24,000 likes di TikTok.

Komen 1

Baca: “Bila wartawan berita tv kahwin…”- Lafaz Izin Nikah Pengantin Perempuan Ini Curi Tumpuan Ramai

Ft Kahwin

Sumber: Instagram
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.