in

“Beban macam orang dewasa” – Pelajar Umur 13 Tahun Bunuh Diri Lepas Tak Tahan Terlalu Banyak Kerja Sekolah

Bunuh Diri

Jangan ingat orang tua saja ada beban masalah yang berat dan alami depression tau. Budak sekolah zaman sekarang pun boleh alami tekanan sehingga membunuh diri.

Menurut Astro AWANI, seorang remaja berusia 13 tahun baru-baru ni ditemui tak sedarkan diri lepas dipercayai menggantung dirinya sendiri dalam bilik air rumah pada malam Sabtu lepas. 

 

Bapa curiga 30 minit masuk mandi tak keluar-keluar

Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar 10.55 malam di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau, Pulau Pinang ini dikatakan terjadi apabila pelajar tersebut masuk ke dalam bilik air rumahnya untuk mandi.

Namun remaja tersebut tak keluar dari bilik air lepas 30 minit kemudian hingga menyebabkan bapanya curiga sebelum cuba membuka pintu bilik air. Haish lama la jugak tu 30 minit… 

Ketika ditemui, remaja tersebut dikatakan dalam keadaan tergantung dengan kain tuala sebelum diturunkan bapanya. Selepas diturunkan, bapa yang berusia 49 tahun tersebut cuba memberi bantuan pernafasan kepada anaknya dan mangsa dikatakan telah muntah.

41566729207 Georgetown
sumber: astro awani

Malang mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Alahai Smiley Cry… 

 

Tak minat belajar, sering merungut banyak kerja sekolah jadi punca

Menerusi hasil siasatan polis, remaja terbabit dikatakan kurang berminat untuk belajar dan prestasi pelajarannya juga agak lemah.

Soal siasat bersama ibu bapa mangsa juga mendapati, anak mereka sering merungut kerana mempunyai kerja sekolah yang terlalu banyak!

Pun begitu, agak menyayat hati apabila ibu mangsa yang berusia 51 tahun memberitahu anaknya itu sempat menulis sepucuk surat untuk meluahkan rasa kasih sayang dan terima kasih kepadanya di Hari Ibu pada Mei lepas.

61566729050 Freesize
sumber: astro awani

Kasihannya ibu bapa mangsa… kenapalah sampai jadi macam ni? Bagi mereka yang mempunyai masalah depression admin sarankan korang hubungi talian bantuan Befrienders iaitu 03-79568145 atau e-melkan kepada sam@befrienders.org.my.

Kalau ada apa-apa masalah, jangan simpan seorang ye! 

Baca: “Dia dah ikat ketat nak jerut leher sendiri” – Pelajar Nak Bunuh Diri Dalam Kelas Sebab Rindu Ibu Bapa

Stress