“Dia dah ikat ketat nak jerut leher sendiri” – Pelajar Nak Bunuh Diri Dalam Kelas Sebab Rindu Ibu Bapa

Siapa sangka suasana hari biasa persekolahan bertukar menjadi huru hara, terkejut dan sebak apabila seorang pelajar dikatakan mahu membunuh diri.

Seorang cikgu berkongsi dekat Twitter detik di mana salah seorang anak murid dia hampir menjerut lehernya sendiri di dalam kelas. Katanya, waktu nak masuk kelas ramai pelajar kecoh dan keadaan agak huru hara pada ketika itu.

Pagi tadi relief kelas darjah satu. Masuk masuk kelas kecoh kejap ramai ramai students cakap ada sorang student ni nak bunuh diri.”

Bila dia masuk, ternampak seorang pelajar lelaki duduk di satu sudut dan sedang menangis. Dia pun cuba dekati dan terkejut sebab pelajar tu memang dah pegang tali!

Kat sudut kelas, ada seorang budak laki duduk menangis. Aku pergi kat dia, ada tali halus di leher. Dia dah ikat ketat nak jerut leher sendiri.”

Bila tanya kenapa nak bunuh diri, rupa-rupanya….

Dia cuba cakap dengan pelajar tu dan perlahan-lahan minta lepaskan tangan daripada tali. Pelajar tu pun ikutkan sambil pandang cikgu dia dengan sayu. Cikgu tu kemudian buka ikatan tali dan terus bertanya dekat anak muridnya. Bila ditanya kenapa dia buat macam tu, jawapan pelajar tersebut buat dia rasa nak nangis.

 

“Saya nak jumpa mak ayah saya cikgu…”

Terkejut, sebak dan speechless bila pelajar tu cakap dia nak bunuh diri sebab nak jumpa mak ayah dia. Salah seorang pelajar kemudian menyampuk,

Mak ayah dia dah meninggal cikgu. Dia nak mak ayah dia.”

Pelajar tu berhenti nangis dan cuma tundukkan kepala, pandang ke lantai.

 

Cuba bercakap dan tenangkan…

 

Hargai ibu bapa selagi masih ada, guna cara yang betul untuk cakap dengan orang yang ada depresi…

Perkongsian cikgu tu buat ramai netizen dekat Twitter sebak dan bersimpati dengan pelajar berkenaan. Bayangkan betapa sedih dan murungnya dia sampai boleh terfikir nak bunuh diri sebab nak jumpa mak ayah dekat ‘sana’.

Baca: “Wanna Quit Life” – Remaja 16 Tahun Bunuh Diri Lepas Followers Instagram Undi Dia Patut Mati

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!