“B*dohnya buat dekat public…”- Lelaki Singapura Kantoi Tukar No Plat Dekat Stesen Minyak Sebab Nak Elak Saman

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dah lah nak buat jahat tapi boleh pula buat dekat tempat awam. Kan dah kantoi! Seorang lelaki dari Singapura kantoi tukar no plat kereta dia dekat sebuah stesen minyak baru-baru ni.

Menurut satu posting di Facebook, lelaki tu tukar no plat kereta BMW dia sementara tengah isi minyak. Rupanya, ada yang reveal that no plat yang dia tukar tu milik sebuah kereta Hyundai Elantra.

Lebih teruk lagi, sebenarnya dia buat macam tu sebab taknak kena saman! Dia bawak kereta laju, tapi nanti no plat Hyundai tu yang akan dapat saman!

Sumber: Facebook

Dekat posting Facebook tu pun ada tunjuk semakan di MyEG yang mendedahkan kereta Hyundai Elantra tu kena saman sebab bawa laju pada 18 Mei. Tapi, gambar yang ditangkap dekat kamera bukan kereta Hyundai but BMW lelaki tu! Eh teruknya perangai!

Disebabkan benda macam inilah, banyak kereta dari Singapura yang tak pernah datang Malaysia ada kena banyak saman. Semuanya sebab pemandu tak bertanggungjawab macam lelaki ni.

Sumber: Facebook

Netizen yang baca posting tu ada yang gelakkan dan ada yang bengang dengan perangai sohai lelaki ni. Yelah, pakai BMW ada duit tapi saman tak boleh nak bayar pula.

Ada juga yang gelakkan dia sebab ‘tak pandai buat kerja’. Nak tukar no plat tapi buat dekat tempat awam, kan dah kantoi. Siap kena viral dekat Facebook lagi.

“Jom guna no plat BMW ni, banyakkan saman dia.”

“BMW boleh pakai, tapi saman tak boleh bayar? Memalukanlah bro.”

“Wow, bodohnya. Tukar no plate dekat stesen minyak, kenapa tak tukar sebelum masuk Malaysia.”

Baca: “Tu je nak ajar pemandu bangang” – Netizen ‘Padan Muka’ Kan Lihat Kereta Ini Kena Sembur Asap Eksoz Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!