in

B*bi Dalam Mi Kari? KPDNHEP Siasat Restoran Terkenal Lepas Terima Aduan Pelanggan

2Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular satu video di media sosial daripada seorang pelanggan restoran yang telah memesan mi kari dari sebuah restoran terkenal. Ramai netizen yang memberikan respon selepas pelanggan tersebut mendakwa pihak restoran telah meletakkan daging babi ke dalam mi kari pesanannya.



Admin pun tak pasti dalam mi kari tu betul ke daging babi atau daging ayam yang dah di-marinate sampai jadi warna pink-pink macam tu. Nak tahu macam mana rupa mi kari yang didakwa ada daging babi tu, korang boleh tengok video yang dikongsi oleh @Syafiqah__Lee kat bawah ni.

KPDNHEP ambil tindakan

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) telah menyerbu sebuah restoran yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal iaitu daging babi di dalam hidangan mi kari.

Hasil pemeriksaan di bahagian dapur restoran, pihak KPDNHEP telah menemui bahan mentah digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.

Screenshot 2020 11 14 At 1.37.32 Pm

Dalam serbuan itu, pengurus restoran berkenaan telah menafikan daging terbabit adalah daging babi dan mengatakan itu adalah daging ayam diperap dengan perencah BBQ.

Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar. Tambah pengurus restoran berkenaan, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu untuk digunakan dalam operasi jual beli restoran setiap hari.

Pihak KPDNHEP juga mengesahkan restoran berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini.

Siasatan sedang dijalankan oleh KPDNHEP berhubung isu ini dan akan dimaklumkan kepada umum kelak.

 

Baca: Jaga-jaga! – Biskut Ini Disahkan TIDAK HALAL. Mengandungi Ramuan Dari Sumber Babi

Screenshot 2020 11 14 At 1.43.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.