in

Bayi 15 Bulan Meninggal Dunia Gara Gara Terkena Renjatan Elektrik Dari Reban Ayam Di Halaman Rumahnya

Gambar Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedih dan pilu apabila mendengar berita seorang bayi maut akibat renjatan elektrik ketika bermain sekitar kandang ayam di halaman rumahnya di Desa Wukisari, Kabupaten Imogiri, Kabupaten Bantul, Yogyajakarta.


Menurut Tribunnews, kandang ayam berkenaan diperbuat daripada dawai besi yang dilengkapi dengan lampu elektrik. Akibatnya, bayi yang tidak sengaja memegang kandang ayam tersebut, terkena renjatan elektrik.

Tambah portal itu, ketika ibu bapanya mendengar jeritan bayi berkenaan, mereka melihat bayi itu terbaring bersebelahan dengan kandang ayam dan masih bernafas.

Images 3

Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke hospital terdekat. Namun, sebaik sahaja sampai di hospital doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak lagi bernafas dan dipercayai telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Turut difahamkan, punca kejadian adalah apabila wayar lampu elektrik berkenaan telah terputus dan menyebabkan adanya arus elektrik pada dawai besi berkenaan.

Menurut pasukan perubatan, mayat bayi berkenaan tidak mempunyai tanda-tanda penderaan atau unsur segaja dan terbukti kejadian yang berlaku adalah kemalangan semata-mata.

Baca: GEMPAR! Remaja 18 Tahun Campak Bayi Baru Dilahirkan Dari Tingkat 13 di Georgetown!

1 7 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.