in

GEMPAR! Remaja 18 Tahun Campak Bayi Baru Dilahirkan Dari Tingkat 13 di Georgetown!

Campakbayi3

Kerana bimbang diketahui keluarga seorang remaja tergamak bungkus bayi yang baru lahir sebelum dicampakkan melalui tingkap rumah yang terletak di tingkat 13. Kejadian ini berlaku di sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, pagi tadi.

Menerusi Harian Metro, ibu yang merupakan pelajar kolej dan teman lelakinya masing-masing berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Dia ditahan di rumahnya pada jam 11.55 pagi.

 

Bersalin dalam jamban, bungkus dengan baju sebelum buang ikut tingkap

Difahamkan dia menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga. Berikutan dengan tangkapan itu, teman lelaki yang sebaya dengannya dikatakan ada rekod jenayah lampau, lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Penawar jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi perempuan itu di parkir tingkat empat bangunan pada jam 8.25 pagi daripada penduduk.

“Siasatan awal, ibu bayi itu mengaku dia terjaga dari tidur jam 6 pagi kerana sakit perut. Selepas 30 minit, dia ke tandas untuk membuang air besar. Dia mendakwa ketika itu bayi terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan sempat mendengar tangisan kecil.”

Kemudian, remaja tersebut bungkus bayi itu dengan T-shirt yang dia pakai lalu mencampakkannya melalui tingkap. Bayi itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut sumber lagi, ada beberapa lagi ahli keluarga di rumah ketika kejadian namun tidak menyedari apa yang berlaku.

Mayat bayi itu ditemui oleh salah seorang penghuni apartment berkenaan ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.

Soffian berkata, pelajar kolej dan teman lelakinya itu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Bayi meninggal dunia

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. Sementara itu, salah seorang penduduk, Ahmad Nizam Bakar, 46, dia mengetahui kejadian itu pada 8.18 pagi menerusi kumpulan WhatsApp.

Dia yang juga setiausaha persatuan penduduk bergegas turun ke tingkat empat dan mendapati mayat bayi itu dalam keadaan tersembam.

“Saya segera memanggil pengawal keselamatan untuk membawa kotak bagi menutup mayat manakala penduduk lain menghubungi polis,” 

Katanya lagi, dia kenal dengan keluarga suspek dan mereka kelihatan baik.

 

Baca: “Kalau tak mau pun bagi lah orang” – Bayi Baru Lahir Dicampak Dari Tingkap Tingkat 4 Kerana Ibu Takut ‘Kantoi’ Dengan Keluarga

Campak