in

“Bayangkan dah berapa ramai dia jumpa orang”- Tak Pernah Ke Wuhan, Pemandu Pelancong Jepun Dijangkiti Koronavirus

Wuhan Virus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes berkenaan wabak penyakit, Novel Koronavirus (2019 n-CoV) hari ini mempunyai perkembangan baru apabila seorang lelaki dari Jepun telah disahkan menghidap wabak tersebut.


Menurut The Star, Menteri Kesihatan Jepun telah mengesahkan hal ini di mana seorang lelaki yang berkerja sebagai pemandu bas pelancong berusia 60-an di bandar Nara menghidap koronavirus.

 

Tak pernah ke Wuhan tapi dijangkiti koronavirus? 

Agak mengejutkan jugalah, kes ini antara kes pertama melibatkan rakyat tempatan di Jepun yang tak pernah berkunjung ke Wuhan tapi disahkan menghidap wabak tersebut.

“Pemandu bas pelancong itu bagaimanapun tidak pernah ke bandar Wuhan, China iaitu lokasi bermulanya virus koronavirus.

“Dia telah disahkan menghidap radang paru-paru pada Sabtu lalu dan telah ditahan di hospital wilayah Nara,” jelas Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato.

529985
Rakyat jepun mula memakai mask | sumber: the star

Tambahnya lagi, pemandu bas ni juga katanya ada ‘bertemu’ dengan beberapa pelancong dari Wuhan daripada 8 hingga 16 Januari lepas.

Dia mula menunjukkan gejala penyakit tersebut pada 14 Januari dan telah dimasukkan ke hospital 25 Januari lepas sebelum didiagnos mempunyai penyakit tersebut.

Sehingga setakat ni, jumlah mereka yang sah dijangkiti koronavirus di Jepun meningkat ke 6 orang. Manakala Malaysia pula meningkat ke 7 orang.

 

“Pemandu pelancong.. Bayangkan dah berapa ramai orang dia jumpa & sentuh”

Berita terbaru mengenai kes wabak ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen yang risau perkara yang sama akan berlaku di Malaysia.

Virus
sumber: twitter

Harap-harap para doktor dan saintis cepat-cepatlah jumpa antidot yang sesuai untuk penyakit ni. 

Baca: “Kitaorang tak sebodoh tu, kami…” – Rakyat China Perjelas Pasal Isu Sengaja Sebar Coronavirus Di Malaysia & Budaya Makan Haiwan Liar

Bat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.