“Bawang next level” – Netizen Kaji Persembahan Di Matamu Sufian Suhaimi di AJL, Senarai 3 Perkara Yang Dikaitkan Dengan Elfira Loy

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semalam berakhirlah sudah Anugerah Juara Lagu ke 33 yang mengangkat lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sebagai juara AJL bagi kali ini. Tahniah admin ucapkan kepada pemenang.

Pun begitu, bagi korang yang tonton AJL semalam, mesti korang semua tengah hangat membawang pasal persembahan Di Matamu daripada Sufian Suhaimi kan? Dengar citer ada kena mengena dengan Elfira Loy! Opss! 

Ini admin senaraikan 3 perkara atau ‘hint tersembunyi’ yang netizen kaji semalam ada kaitan dengan bekas tunang Sufian, Elfira Loy. 

 

Konsep pelamin anganku musnah

Bagi korang yang betul-betul teliti persembahan Sufian Suhaimi semalam, props pelamin di belakang tabir termasuklah chandelier atas kepala Sufian tu ada persamaan dengan konsep wedding Elfira Loy.

Boleh dikatakan hampir 98% samalah bila admin tengok, tambah-tambah pulak bila pelamin tu dah terbelah dua dan chandelier dah naik ke atas sikit. Cuba korang tengok perbandingan yang diberikan netizen kat bawah ni. Naik bulu roma admin!

View this post on Instagram

Siapa la rajin edit2 ni?

A post shared by whatsapp +60192256360 (@nasgreatidea_weddings) on

Sama kan??

 

Buang cermin mata pada akhir persembahan, adakah ini sebabnya? 

Netizen ni boleh tahan creepy lah jugak sebab semua gerak geri Sufian semalam dijadikan bahan kajian dan penelitian. Sampaikan part akhir masa Sufian duduk di atas pelamin dan buang cermin matanya ke tepi pun boleh jadi hint kepada sesuatu perkara. 

Kata seorang netizen ni, ia ada kena mengena dengan satu insiden di mata Elfira menghadiahkan Sufian cermin mata baru masa bercinta dulu. Opsss ye ke ni??

Korang rasa? Ada kena mengena ke atau sekadar pergerakan spontaneous Sufian? Emm macam over pun ada gak netizen ni…

 

Penampilan kurus dan tak bermaya Sufian Suhaimi

Kalau korang bandingkan Sufian Suhaimi dulu dan sekarang, memang banyak bezanya sebab dulu dia nampak berisi sikit dan sentiasa berimej ceria. Tapi sekarang, Sufian berubah jadi kurus dan tak bermaya, berbeza sangat dengan penampilan dulu.

Malah seorang netizen tweet semalam mengatakan rupa Sufian nampak bertambah teruk masa persembahan semalam sebab wajahnya penuh jambang, cengkung dan pucat. Apa sudah jadi Sufian? Ini ada kena mengena dengan Elfira jugak ke?

 

Sufian Suhaimi tiru Celine Dion?

Well sebelum korang melalut tak tentu pasal dan kaitkan lebih banyak lagi perkara tentang performance semalam dengan Elfira Loy, admin rasa ada satu perkara yang korang perlu tahu.

Ada beberapa netizen buat deep research semalam dan bandingkan persembahan Sufian dengan Celine Dion! Yes Celine Dion! Korang tengok konsep chandelier yang digunakan Celine masa dia menyanyikan lagu My Heart Will Go On di Billboard Award 2017. Sama kan?? Gotcha! 

Apa-apapun bagi admin semua persembahan semalam memang hebat-hebat belaka dan effort yang diberikan Sufian memang melayakkan dia sebagai pemenang persembahan terbaik semalam. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga terus hasilkan muzik-muzik yang berkualiti untuk Malaysia.

To Sufian, be strong bro! 

Baca: “Perlu ke mention ‘derita’ tu..Move on la” – Netizen Sindir Tweet Elfira Untuk Persembahan AJL Sufian Suhaimi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!