in

“Bau hamis, baju ada tompok darah…”- Pemandu E Hailing Kongsi ‘Keadaan Terakhir’ Zulfarhan Sewaktu Hantar Arwah Ke Klinik Selepas ‘Dikeroyok’

Featured 4

“Budak ni macam tak terurus, bau busuk, baju ada tompok darah, ada macam air bisa kat badan dia, tangan dan kaki dia berbalut dengan ‘bandage’.”

Ini merupakan kenyataan yang diberikan seorang pemandu e-hailing, Mustapa Kamal Ibrahim 56 tahun yang sempat menemui Zulfarhan Osman ‘kali terakhir’ sebelum penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menutup mata.

Kisahnya dia menerima satu tempahan melalui melalui sistem tempahan perkhidmatan dalam talian antara 9 dan 10 pagi, 31 Mei 2017 yang memintanya mengambil penumpang di Apartment De Centrum di Bangi dan perlu dihantar ke sebuah klinik di kawasan Bangi juga.

20181008 Grab Generic Today 1
Gambar hiasan

Memetik Bernama, ketika dia sampai di apartmen tersebut, kelihatan 3 orang lelaki dengan salah seorang duduk di atas kerusi roda dan memakai kain pelikat.

Saya tengok, eh kenapa budak ni (Zulfarhan Osman) duduk atas kerusi roda, saya keluar (dari kereta) tengok, budak ni macam tak terurus, bau busuk, baju ada tompok darah, ada macam air bisa kat badan dia, tangan dan kaki dia berbalut dengan ‘bandage’. Baunya macam menyucuk hidung, macam hamis, saya tanya ni apa hal ni kawan kau, dia diam sahaja,”

Mustapa berkata, pelik dengan situasi tersebut dia terus bertanya kepada 2 orang lagi penumpangnya itu namun mereka dia sahaja.

Tanpa melengahkan masa, dia kemudiannya membantu Zulfarhan Osman masuk ke dalam kereta selepas melihat dua lagi rakan arwah seolah-olah tidak mengendahkan mangsa.

“Saya papah (Zulfarhan Osman) sebab kawan dia yang dua orang tu tak berapa menolong. Kalau kawan rapat tu, susah-payah akan tolong, jadi saya cakap (kepada dua individu itu) tolonglah kawan kau, budak dua orang tu senyum je,”.

Setibanya di klinik, dia sekali lagi membantu Zulfarhan keluar dari kenderaan sebelum memapahnya duduk di kerusi roda dan kemudiannya menolak sehingga ke depan klinik.

Mustapa berkata ketika itu Zulfarhan Osman berulang kali mengucapkan terima kasih kepadanya.

Chui14 Field Image Socialmedia.var 1530184905
Arwah zulfarhan osman bersama ibu dan ayahnya

Tanpa ada rasa ragu-ragu, dia terus beredar dari situ. Ketika dia memandang kerusi tempat duduk belakang, masih ada lendir dan darah pada tempat yang diduduki Zulfarhan.

Dia kemudiannnya membersihkan kesan tersebut dan terus mengambil penumpang lain.

Mustapa Kamal Ibrahim juga merupakan saksi pendakwaan ke-22 bagi ke kematian penuntut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.

 

Semoga arwah Zulfarhan Osman ditempatkan bersama golongan yang beriman

Baca : Kes Kematian Penuntut UPNM Zulfarhan Osman, Kalau Dah Bersalah Kenapa Perlu Bela Diri? Peguam Ini Jelaskan Kenapa

Featured 2