“Baru sebulan kenal, dating terus berj*mak” – inilah kisah yang terjadi kepada salah seorang penghuni di pusat perlindungan untuk para wanita yang kini sedang hamil anak luar nikah, kongsi Baitus Solehah.
Wanita tersebut berkenalan dengan seorang lelaki di aplikasi Omi dan selepas sebulan perkenalan mereka, lelaki tersebut bukannya ajak keluar makan tetapi terus mengajak si gadis berjumpa di hotel, sebelum gadis itu disahkan hamil selepas 7 minggu kemudian.
Artikel berkaitan: “Jangan hukum baby tu atas kesalahan kita sendiri” – Peguam Kongsi 3 Tips Seandainya Lahirkan Anak Luar Nikah
Artikel berkaitan: Lebih 16K Remaja Hamil Luar Nikah – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
“Orangnya kurang cerdik dan bijak dalam membuat keputusan. Dan yang cerdik ambil kesempatan.”
Difahamkan, ibu kepada wanita tersebut berusaha keras memberikan ubat untuk mengugurkan kandungan tetapi tidak berjaya.
Menurut Baitus Solehah, kes ini merupakan kali kedua terjadi kepadanya. Wanita itu pernah berkenalan dengan lelaki lain yang membuatkan dirinya meringkuk di dalam penjara selama 8 bulan.
Wannita ini ditangkap ketika bermalam di sebuah inap des. Dia katanya ditahan bersama 2 orang lelaki yang sedang dalam keadaan khayal akibat mengambil dadah jenis syabu. Dia dipenjarakan kerana pihak berkuasa menemui dadah tersebut ketika diserbu.

“Bercerita pengalaman dalam penjara, menempatkan 8 orang satu sel. Ada double decker tanpa tilam dan bantal, diberi satu selimut, satu tuala 2 pasang uniform , berus gigi,ubat gigi, sabun mandi dan sabun buku untuk cuci pakaian.”
“Bra dan seluar dalam harus sendiri punya. Pad diberikan. Sehari diberi 3 kali makan. Sarapan pagi hari hari bubur. Tengah hari dan petang baru diberi makan nasi.”
Selepas wanita tersebut bebas dari penjara, dia bekerja sebagai seorang ‘cleaner’ sebelum dihantar ke Baitus Solehah akibat insiden kedua dengan lelaki dari Omi itu.
Lebih menyedihkan, mangsa rupanya pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah intelektual dan disebabkan keadaannya yang tidak dapat membuat keputusan dengan baik, dia telah dimanipulasi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Yang cerdik ambil kesempatan. Kiranya beliau mangsa keadaan. Takde siapa yang mahu terjebak dengan dadah dan maksiat. Oleh kerana kurang cerdik, tidak tahu membeza baik buruk, halal haram.”
Sumber: Facebook
