Sepanjang tempoh 2019 sehingga 2024, data Kementerian Kesihatan (KKM) merumuskan bahawa seramai 21,114 orang remaja perempuan berumur 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin hamil anak luar nikah.
Bahkan, banyak kes ‘buang bayi’ kita dapat lihat dengan bayi ditemui di tempat-tempat awam dalam keadaan yang sangat mendukacitakan.
Meskipun ada di antara bayi yang berjaya diselamatkan, nasib bayi ini boleh dikatakan tidak terbela sepenuhnya kerana akan ada masalah lain timbul apabila mereka membesar dan meningkat dewasa. Oleh itu, peguam Wan Nurliyana kongsikan tips buat mereka yang lahirkan anak luar nikah.
Artikel berkaitan: “Macam ni lagi baik dari tinggal di tandas awam” – ADUN Duyong Kesal Kes M*yat Bayi Cukup Sifat Ditemui Dalam Tandas
Artikel berkaitan: Remaja Ceritakan Kembali Pengalaman Selamatkan Bayi Dibuang Di Kawasan Tong Sampah
“Jangan hukum bayi itu atas kesalahan kita sendiri”
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Wan Nurliyana menyatakan langkah utama yang perlu dibuat adalah mendaftar sijil kelahiran anak tersebut. Katanya, seeloknya sijil didaftarkan biarpun tiada bapa supaya anak tersebut tidak ada masalah tiada kewarganegaraan.
Ini bermaksud urusan untuk mempunyai kad pengenalan, akses kepada pendidikan juga boleh menjadi terhad dan tidak akan layak untuk mendapatkan sebarang subsidi kesihatan dan lain-lain daripada kerajaan jika anak tidak mempunyai sijil kelahiran.
Lebih sukar lagi, anak tersebut tidak boleh bekerja secara sah, tidak boleh memiliki harta dan risiko untuk ditangkap oleh pihak berkuasa amat tinggi kerana tiada kepastian identiti.

Selain itu, Wan Nurliyana berpesan untuk tinggalkan bayi tersebut di tempat perlindungan bayi (baby hatch) seandainya si ibu tidak mahukannya. Ia sekaligus membantu dalam menyelamatkan bayi tersebut dan dapat melindungi daripada mangsa pemerdagangan, penderaan dan sebagainya.
“Anak tersebut juga tidak akan memiliki pasport untuk keluar negara dan tidak boleh memiliki akaun bank. So don’t to this to the child. Dia tak berdosa. Jadi lah seorang ibu yang bertanggungjawab, sekurang-kurangnya buatkan lah sijil lahir dulu sebelum meletakkan baby tu di baby hatch atau memberikannya kepada keluarga angkat.”

Tips terakhir adalah, seandainya ada pasangan yang mahu ambil bayi tersebut sebagai anak angkat, pasangan tersebut boleh mendaftar anak tersebut sebagai anak angkat mengikut presedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Bayi anda tidak berdosa, berikan dia peluang untuk hidup secara normal dan jangan hukum bayi itu atas kesalahan kita sendiri.”

Berdasarkan perkongsian ini, contoh kes terbaik yang dapat kita lihat berkenaan dengan kes seorang pempengaruh yang mendedahkan dirinya dijumpai di satu tempat sebelum dibawa ke hospital dan dihantar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tiada waris menuntut sehingga berumur 2 tahun.
Lebih mengharukan lagi, pempengaruh tersebut menceritakan dia berdepan dengan pelbagai dugaan daripada usia 12 tahun sehingga 21 tahun kerana tidak mempunyai kad pengenalan.
“Saya tiada IC sebab masa saya dibuang, tiada siapa daftar kelahiran saya di JPN. Sijil lahir pun tak ada. Tanpa dokumen rasmi, banyak pintu tertutup. Bayangkan, dalam tempoh sembilan tahun itu, saya tidak boleh menaiki kapal terbang, membuka akaun bank, malah permohonan kerja juga sering disisihkan.”
“Malah, saya pernah kena halau masa nak cari kerja. Mereka cakap saya bukan orang Malaysia. Ada juga yang tawarkan gaji RM500 sahaja sebab saya tak ada IC. Semua bayaran diterima pun dalam bentuk tunai.”
Sumber : Berita Harian, Instagram, Sinar Plus
