in

Baru Sampai Depan Pagar Sekolah, Calon SPM Diduga Jadi Saksi Kematian Ayah Depan Mata

fi kemalangan spm 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Debaran menjawab peperiksaan SPM seorang calon ini bertukar menjadi satu mimpi ngeri buatnya apabila terpaksa menjadi saksi kematian ayahnya di depan mata.

Satu kemalangan jalan raya telah berlaku melibatkan seorang pemandu lori. Mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta setelah menghantar anak lelakinya ke sekolah bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kilometer 6, Jalan Machang-Pasir Puteh pada kira-kira jam 7.20 pagi semalam.


Mangsa yang dipercayai bernama Zainudin Ab.Samat, 56 tahun ini dilaporkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami luka parah pada bahagia kepala dan badan.

media kemalangan

Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy, siasatan awal telah mendapati, mangsa menghantar anaknya ke pintu pagar sekolah dan terus melintas dari arah kiri ke kanan jalan untuk kembali ke lorinya.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, sebuah kenderaan jenis Volvo dipercayai gagal mengelak hingga berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan mangsa tercampak dan terjatuh di lokasi kemalangan. Mangsa tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya lagi.

Difahamkan, pemandu kereta Volvo yang berusia 54 tahun tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan saringan ujian kencing juga dilaporkan negatif. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di samping itu, terdapat juga komen dari media sosial yang mengatakan kejadian berlaku selepas mangsa terserempak dengan kucing yang kena langgar. Akibat ingin menyelamatkan kucing tersebut, dia dilanggar oleh kereta tersebut.

Menurut perkongsian itu juga, dikatakan anak lelaki mangsa turut menyaksikan tragedi tersebut di depan matanya sendiri.

komen spm

Sedihnya…semoga adik ni tabah dengan ujian yang menimpa dirinya itu.

Sumber: Sinar Harian & Twitter

Baca: “SPM dah tak lame”- Pelajar ‘Study’ Dalam Banjir Buat Ramai Netizen Kagum

baca spm

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.