Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini? Bukankah tugas seorang bapa itu untuk mendidik anaknya menjadi seorang yang berguna dan berjaya dalam hidup? Tapi apa yang dilakukan bapa yang seorang ini lain dari yang lain.
Ketika isterinya sedang berpantang selepas bayi mereka baru dilahirkan, dia dengan tanpa rasa bersalah telah membawa anaknya yang berusia tiga tahun ke ‘port’ dadah untuk melepaskan gian.
Namun niat tidak baiknya itu pantas dipatahkan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) apabila lelaki tersebut ditahan awal pagi semalam di Kampung Padang Cik Mas, Pulai, lapor NST.
Bapa kepada kanak-kanak itu telah ditahan bersama 27 orang penagih dadah lain dalam ‘Ops Perdana’ yang dijalankan AADK di Baling pada Rabu lalu. Menurut Ketua Pegawai AADK Daerah Baling, Arnida Ishak, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup membawa anaknya untuk melepaskan gian menghisap dadah.
“Anggota AADK menahan lelaki itu yang tidak sempat meloloskan diri dan anaknya berada bersamanya ketika itu.
“Saya sedih kerana lelaki itu sanggup membawa anak kecil dan difahamkan isterinya pula sedang berpantang,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, pihak AADK telah menghantar semula budak tersebut kepada ibunya yang sedang berehat di rumah.
Dalam pada itu, anggota AADK telah menyerbu beberapa kawasan yang menjadi ‘port’ penagih selama 10 jam di Kampung Parit Panjang, Teloi Kanan dan Padang Cik Mas. Mereka yang ditahan kesemuanya antara lingkungan umur 19 ke 50 tahun dan positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.
Kasihan anak tu. Kecil lagi tapi dah terdedah dengan suasana yang tidak elok. 🙁
Baca: Lelaki Ketagih Dadah Hisap Pil Kuda Depan Anak-anak di Kota Bharu