in

Bapa Dipenjara Selepas Ditangkap Mencuri Mainan Untuk Hadiah Hari Lahir Anak

Aa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki ditahan ketika dalam cubaan mencuri di sebuah kedai barang permainan kanak-kanak.


Chan Kok Kiat, 36, dari Machap Umboo, Alor Gajah ditangkap ketika cuba mencuri di Toy R Us di Dataran Pahlawan pada 6.30 petang, 31 Januari lalu.

A 4
sumber: dataranpahlawan. Com

Chan didakwa dengan dua pertuduhan iaitu mencuri dua motorsikal mainan bernilai RM109.80 dan cubaan mencuri dua motorsikal mainan dan sebuah kereta mainan bernilai RM209.75 pada masa dan tarikh yang sama.

Apabila disoal, Chan mengaku bersalah dan memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai wang tunai yang cukup ketika itu untuk membeli hadiah hari lahir anak lelakinya.

Peguam Haslinda Abu Bakar yang mewakili Chan berkata lelaki itu bagaimanapun membuat rayuan hukuman ringan kerana kesalahan tersebut adalah kesalahan kali pertama yang dilakukannya.

“Dia sangat terdesak pada ketika itu untuk mendapatkan barangan tersebut sebagai hadiah hari lahir anak lelakinya meskipun tidak mempunyai wang yang cukup,” kata Haslinda.

A2
gambar hiasan

Hakim Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda sebanyak RM1,600. Chan juga diberitahu akan dipenjarakan selama satu bulan jika gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, Chan dilaporkan telah membayar denda berkenaan.

Dalam keadaan terdesak, kita cenderung melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang tentang akibat dan kesan daripada tindakan tersebut. Seperti Chan, dia terlalu memikirkan tentang anaknya sehingga menyebabkan dia membuat keputusan untuk mencuri.

Fikirlah dengan baik sebelum melakukan sesuatu.

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.