in

“Balik mesti mak marah”- Ramai Tertinggal Botol Air Di Pusat Pemberian Vaksin, Jenama Tupperware Pun Ada!

F Botol Ppv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan cuaca negara kita yang selalu panas hingga ke petang, ramai yang gemar bawa bekalan air kalau nak ke mana-mana. Kalau tak bawa nanti, tak pasal-pasal jadi dehydration pulak kan.



Namun, biasa lah manusia, mesti akan terlupa atau tertinggal barang-barang yang dibawa terutamanya botol air tadi seperti yang dikongsikan oleh akaun Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 ini sebab ada segelintir individu yang tertinggal botol air di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Gambar koleksi botol air itu telah dikongsikan di Twitter dan telah tular dalam kalangan netizen di platform itu. Dah la botol-botol air tu pun bukan jenis biasa-biasa, nampak macam ada yang brand Tupperware jugak tu. 

Difahamkan, botol-botol itu tidak sengaja ditinggalkan oleh mereka yang datang menerima suntikan vaksin di PPV di World Trade Centre Kuala Lumpur. Harapnya yang tertinggal tu tak kena soal siasat la kan dengan mak atau isteri dorang. Jenuh nak menjawabnya nanti.

Botol Ppv 1

Perkongsian tentang botol air tersebut telah meraih lebih dua ribu Retweets daripada netizen yang rata-ratanya terhibur sebab membayangkan nasib kalau-kalau mereka tu kena marah gara-gara tertinggal Tupperware.

Botol Ppv 3

Botol Ppv 4

Ada juga yang kata mungkin dorang ni terlupa tentang botol tu sebab excited bila dah dapat suntikan vaksin. Logik jugak tu kan.

Untuk korang yang nampak macam ada botol air korang dalam gambar tu, rasanya masih ada peluang lagi untuk selamatkan botol air tu. Jangan lupa untuk claim balik barang korang tu di kaunter Lost and Found di PPV terbabit.

Kalau nak lagi selamat, lebih baik korang beli air mineral dalam botol yang biasa tu je kat kedai serbaneka. Kalau tertinggal pun, takde lah sedih sangat kan. 

Sumber: Twitter @JKJAVMY

Baca: Gara-gara Hilangkan Tupperware Mak, Mahasiswa Takut Balik Rumah, Tidur Rumah Kawan

Botol Air Tupperware

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.