Antara jenama yang menjadi kegilaan para ibu-ibu ialah jenama barangan plastik Tupperware, tahun ini syarikat gergasi dari Amerika Syarikat itu sudah mencecah usia 77 tahun.
Pun begitu, saham syarikat tersebut menjunam 49% semalam dan mereka memberi amaran tentang kekurangan tunai yang teruk, lapor agensi berita CNN.
Jenama ikonik itu menyaksikan harga sahamnya jatuh kepada AS$1.24 (RM5.47), mencecah paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Mereka turut mengumumkan telah melantik penasihat kewangan untuk membantu memperbaiki struktur modalnya dan memulihkan keupayaan mereka untuk mengurangkan kebimbangan berterusan.
“Syarikat ini melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk mengurangkan kesan peristiwa baru-baru ini,” kata bos Tupperware, Miguel Fernandez dalam satu kenyataan.
Tupperware merevolusikan dunia perkakas rumah dengan mangkuk, pinggan mangkuk dan bekas-bekas, malah ia menjadi simbol kemakmuran selepas perang dunia kedua.
Pun begitu, syarikat yang berpangkalan di Orlando, yang diasaskan pada tahun 1946 oleh Earl Tupper itu kini cuba menarik diri daripada krisis kewangan.
Harap kekal lah jenama ni, legend kot!
Baca: Kecoh Jenama Terkenal Cetak Nama Allah Atas Baju Seksi, Pereka Fesyen Minta Maaf?