in

“Balik kampung bawa virus” – Penularan COVID 19 Di Kedah Membimbangkan, Terdapat Kes Punca Orang Luar Balik Bercuti Ke Kampung

Kes Import Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim cuti hujung tahun dan sudah boleh rentas negeri mahupun daerah telah membuatkan segelintir masyarakat mula merancang untuk pergi bercuti ke serata negara kerana bosan terperuk lama di rumah.


Walau bagaimanapun, agenda untuk ‘cuti-cuti Malaysia’ tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana penularan COVID 19 di negara kita dalam situasi yang sangat membimbangkan.

Menurut Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, penularan COVID 19 di Kedah kini agak membimbangkan kerana terdapat kes berpunca penduduk luar yang balik bercuti ke kampung masing-masing. Allahu… 

Malah menerusi pengalamannya di Langkawi, dia agak terkejut melihat orang ramai bersesak-sesak menaiki feri tanpa menghiraukan penjarakan sosial.

117895165 1656693291175041 1376579374040979949 N

118251417 1656693434508360 6392559581756543106 N

Semalam saya ke Langkawi, saya nampak ketika mahu naik dan turun feri orang terlalu ramai dan bersesak-sesak, memang agak susah hendak kawal, sekarang masing-masing kena jaga diri,” katanya.

Meskipun Kedah kini tiada kluster baru, namun Kluster Kolam yang berpunca daripada Orang Kena Tahan (OKT) pada 12 Disember lepas masih lagi aktif.

“Kita memang bimbang, kelmarin saya berjumpa dengan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ishak Hussain dan beliau beritahu ada kes disebabkan individu dari zon merah pulang ke kampung di sini dan ia menyebabkan kes di negeri ini naik sikit.

“Kemudian ada kes individu dari Pulau Pinang membawa virus ke kampung, lepas itu mereka pergi bercuti, pergi kedai makan dan rumah kenduri,” katanya lagi.

Dukacita Kes Import B telah dilaporkan di Mukim Hutan Kampung! Import B adalah dimaksudkan mendapat jangkitan dari Negeri Lain Kerana Merentas Negeri ?

Posted by Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar on Saturday, December 26, 2020

Tambah Dr Mohd Hayati lagi, pihaknya sangat berharap penduduk setempat dan mereka yang pulang ke kampung untuk sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Rakyat Kedah juga pada masa yang sama harus menjadikan kes penularan COVID 19 di Selangor sebagai pengajaran sehingga kerajaan terpaksa lanjutkan PKPB sehingga 14 Januari 2021.

“Kalau boleh tangguhkan dulu majlis perjumpaan rakan sekolah atau jamuan makan, jika ada kenduri kahwin ikutlah SOP.

“Kita tak mahu berlaku seperti di Kelantan, kes meningkat kerana aktiviti balik kampung semasa musim cuti,” katanya.

Harap masyarakat kat luar sana dengarlah nasihat KKM ini. 

Baca: “Kok kepikiran liburan ya masa pandemik ini” – Airport Sesak, Indonesia Tiba-Tiba Tutup Sempadan Kepada Warga Asing

Indo 2020

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.