Perjalanan Bella Astillah dan Syed Saddiq menuju alam rumah tangga bakal dirakam menerusi sebuah siri khas lapan episod, ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’.
Menurut Astro, siri berkenaan akan membawa penonton mengikuti persiapan pasangan itu bersama keluarga menjelang hari bahagia, termasuk detik pertunangan, majlis berinai, khatam al-Quran, persiapan busana serta pelbagai momen di sebalik tabir.
Siri berkenaan akan mula ditayangkan pada 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria, selain boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.

Artikel berkaitan: Bridesmaids Bella Astillah Dapat Satu ‘Luggage’ Barangan, Netizen Tanya Mana Nak ‘Apply’
Artikel berkaitan: Hargai Sokongan Warga Muar, Syed Saddiq Rancang Majlis Kesyukuran Hujung Minggu Ini
Lebih menarik, majlis akad nikah Bella dan Syed Saddiq pada 10 Oktober 2026 akan disiarkan secara langsung dari Menara 118 selama dua jam.
Siaran langsung itu boleh ditonton menerusi Astro Ria, Astro Prima, Astro Awani, Sooka, Astro GO serta platform digital Astro Gempak dan Astro Malaysia, bermula jam 9 pagi.

Perjalanan mereka kemudian diteruskan dengan majlis resepsi di MITEC, Kuala Lumpur pada 18 Oktober, sebelum diraikan pula di Muar, Johor pada 25 Oktober bagi pihak keluarga Syed Saddiq dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober untuk keluarga serta kenalan Bella.
Bukan hanya memaparkan persiapan perkahwinan, empat episod terakhir siri itu akan membawa penonton melihat kehidupan Bella dan Syed Saddiq selepas bergelar suami isteri, termasuk rutin bersama keluarga dan anak-anak serta persiapan untuk berbulan madu.
Sumber: Astro
