in

Balenciaga Buat Hal Lagi, Kali Ini Jual Beg ‘Ala-Ala Plastik Sampah’ Berharga Hampir RM8K

Trash Pouch Balenciaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenama terkenal, Balenciaga sekali lagi dilanda kontroversi. Jika sebelum ini mereka pernah bikin kecoh sebab menjual kasut dengan rekaan lusuh yang berharga jejak kayangan, kali ini, mereka tampil pula dengan rekaan beg ala-ala plastik sampah. Harganya pula…

285145 Trash E1659836558253

Memetik laporan New York Post, mula membuat kemunculan pertama di Fashion Show Paris untuk musim luruh 2022 pada Mac lalu, beg yang diinspirasikan daripada plastik sampah lengkap dengan tali itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna internet. Rata-ratanya mengecam tindakan jenama itu yang seolah-olah mempermainkan pelanggan mereka. Tak kurang juga yang terhibur dengan rekaan realistik itu.


Didatangkan dengan empat warna; kuning, hitam, putih dan biru, bag yang digelar ‘Trash Pouch’ ini diperbuat daripada kulit anak lembu dan mempunyai logo Balenciaga halus pada badannya.

Fzbinsswaaap5Tf E1659836745119

Untuk pengetahuan, beg yang diinspirasikan daripada plastik sampah ini kini berada di pasaran dengan harga AS$1,790 (RM7,977). Hampir RM8K geng! Giloss!

Beg terbabit bagaimanapun, menerima banyak reaksi negatif daripada netizen selepas gambarnya dikongsikan di sebuah laman Instagram.

https://www.instagram.com/p/CgkY-fuuQD5/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Meninjau di ruangan komen, ada netizen yang seolah-olah tak percaya jenama tersohor seperti Balenciaga akan mengeluarkan beg dengan rekaan yang memang saling tak tumpah seperti beg plastik sampah yang biasa dilihat.

Ada juga yang menduga, ia mungkin satu sosial eksperimen ataupun strategi pemasaran Balenciaga. Kalau betullah, menjadilahkan marketing strategy dia sebab ramai orang cakap pasal beg ni.

Sumber: New York Post

Baca: Edisi Terhad, Jenama Balenciaga Jual Kasut Lusuh Dengan Harga RM8K

F2 Kasut Lusuh E1659835467827

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.