in

Edisi Terhad, Jenama Balenciaga Jual Kasut Lusuh Dengan Harga RM8K

F2 Kasut Lusuh E1659835467827

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenama Balenciaga sememangnya digemari oleh pencinta barangan mewah. Tapi, rakyat biasa macam kita ni hanya mampu tengok je la produk brand tu dari jauh sebab harganya memang mahal.

Namun, kali ini min rasa ramai yang dah ada kasut macam produk terbaru edisi terhad keluaran Balenciaga ini dalam rak kasut masing-masing kan.


Kasut Lsh 2

Ini kerana Balenciaga telah melancarkan koleksi kasut dengan gaya buruk dan lusuh baru-baru ini, lapor CNN.

Difahamkan, ada 100 pasang kasut lusuh dalam koleksi limited edition yang akan ditawarkan kepada pelanggan yang berminat untuk memilikinya dan ia dijual dengan harga $1,850 sepasang (kira-kira RM8,136).

Kasut Lsh 3

Koleksi kasut lusuh yang dijual dengan harga yang mahal tersebut telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen kerana kebanyakannya tak faham dengan gaya lusuh yang ditonjolkan oleh jenama mewah itu.

Kalau kasut lusuh macam tu, min pun ada sebab kasut zaman sekolah dulu masih ada lagi dalam rak kasut rumah. 

Namun, dalam masa yang sama, kasut yang kurang gaya kelusuhannya juga boleh didapati dengan harga yang lebih murah kerana ia tidak dikategorikan dalam koleksi edisi terhad.

Untuk kasut terbabit pula, ia boleh dibeli dengan harga serendah $495 atau RM2,177.

Sumber: CNN

Baca: Beg Terbaru Balenciaga Menyerupai Beg Tote Ikea, Dijual Dengan Harga RM9,450

Kasut Lsh 1

Sumber: Balenciaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.