fbpx
in

Bakal Jadi Datuk Bandar California, Wanita Berdarah Malaysia Ini Cipta Sejarah

4Mayor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bandar Eastvale di California, Amerika Syarikat akan menjadi saksi dan memiliki seorang datuk bandar wanita termuda dan bukan dari kalangan kulit putih.


Menurut laporan Astro Awani, Jocelyn Yow, berumur 25 tahun telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018 dan telah menyandang jawatan datuk bandar sementara sebelum beliau dilantik secara rasmi pada 10 Disember lepas.

Screenshot 2020 12 13 At 3.22.22 Pm

 

Latar belakang Jocelyn Yow

Jocelyn Yow mempunyai darah keturunan Asia dimana bapanya berasal dari Malaysia dan ibunya pula dari Vietnam. Bapa beliau telah melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat sekitar tahun 80-an sementara ibunya telah berhijrah ke negara berkenaan terlebih dahulu.

Kini dengan saya menjadi wanita dan ibu termuda untuk berkhidmat sebagai datuk bandar di California, saya berharap lebih ramai wanita dan ibu-ibu lain akan mengikut jejak langkah ini.”

Pada tahun 1996, Jocelyn sekeluarga telah kembali ke Malaysia atas urusan keluarga dan telah menetap lebih 10 tahun disini.
Tempoh lebih satu dekad itu telah membolehkannya belajar lebih mendalam tentang sejarah keluarga, warisan dan budaya di Malaysia.
Menerusi muatnaik di akaun peribadi beliau @jocelyn_yow, beliau turut berbangga menjadi wanita warga Amerika yang berketurunan Cina-Malaysia dan Vietnam.
Screenshot 2020 12 13 At 3.33.18 Pm
Sumber: instagram @jocelyn_yow
4Bayern

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top