Bakal Jadi Bahasa Rasmi Di ASEAN, Malaysia & Indonesia Setuju Perkuat Bahasa Melayu

Jadikan sumber pilihan di Google
Bakal Jadi Bahasa Rasmi Di ASEAN, Malaysia & Indonesia Setuju Perkuat Bahasa Melayu

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob telah mengumumkan bahawa Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu.

Beliau turut berkata Bahasa Melayu ada kebarangkalian untuk menjadi bahasa utama di negara-negara Asia Tenggara pada suatu hari nanti. Difahamkan, kedua-dua negara akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam setiap urusan antarabangsa.


Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri berkata:

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bapak Presiden kerana bersetuju untuk memartabatkan Bahasa Melayu, yang mempunyai persamaan antara kita”

277510392 538180277656633 7097315943020124396 NSumber: Ismail Sabri Yaakob

Untuk pengetahuan anda, Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan Indonesia, mempunyai asas dan persamaan dengan Bahasa Melayu.

Meskipun bahasa itu hanya dituturkan secara asli oleh 7% penduduk di sana, semasa kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945, negara itu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana ia dituturkan dan difahami oleh kira-kira 1,340 etnik di pulau-pulau besar Indonesia.

Untuk rekod, pengisytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Presiden pertamanya, Suharto, turut dibuat dalam Bahasa Melayu. Ini adalah bukti populariti Bahasa Melayu dan status bahasa ini yang sebelumnya merupakan lingua franca di rantau Asia Tenggara.

 

Kredit: BERNAMA

BACA: Bahasa Melayu Antara Bahasa Komunikasi Paling Banyak Digunakan Di Mekah & Madinah

Capture 1

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Penggemar ayam 4Fingers.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bakal Jadi Bahasa Rasmi Di ASEAN, Malaysia & Indonesia Setuju Perkuat Bahasa Melayu
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bakal-jadi-bahasa-rasmi-di-asean-malaysia-indonesia-setuju-perkuat-bahasa-melayu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen