in

Bahasa Melayu Antara Bahasa Komunikasi Paling Banyak Digunakan Di Mekah & Madinah

Untitled Design 2022 03 18T105346.131

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika kita imbau kembali zaman kegemilangan Tanah Melayu, Bahasa Melayu merupakan antara bahasa lingua franca yang bermaksud ia menjadi bahasa penghubung bagi fungsi tertentu dan dalam hal ini ia digunakan bagi urusan jual-beli.


Dalam laporan Utusan Malaysia, menurut Prof. Datuk Dr. Aripin Said yang merupakan Tokoh Bahasa dan Kebudayaan Melayu Nusantara berkata penggunaan Bahasa Melayu makin berleluasa di tanah suci Kota Mekah dan Madinah.

Ketika beliau sedang menunaikan umrah, didapati bahasa kita menjadi bahasa kedua selepas Bahasa Arab digunakan untuk tujuan komunikasi.

Aneh tetapi amat membanggakan

Perkara itu semestinya mengujakan dirinya dan beliau berasa informasi ini perlu dikongsikan dengan rakyat Malaysia.

“Penggunaan bahasa Melayu secara meluas oleh peniaga dan toko besar yang menjual pelbagai produk seperti permaidani, jubah, tasbih, cincin permata, buah-buahan dan lain-lain mencabar sesetengah rakyat Malaysia yang memandang enteng bahasa Melayu.

“Rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana bahasa Melayu diguna pakai di peringkat antarabangsa membabitkan le­bih 350 juta penutur malah men­duduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya lagi, ramai peniaga-peniaga di tanah suci itu menggunakan bahasa kita dengan sangat fasih.

Sebuah tweet yang dikongsikan oleh @danieleskay juga menyatakan terdapat juga negara lain yang merupakan tarikan pelancong seperti Ho Chi Minh dan Korea Selatan juga menggunakan Bahasa Melayu bagi tujuan perniagaan.

Jangan malu untuk berbahasa Melayu ya? Bahasa Jiwa Bangsa!

Baca: “Jangan mengada” – [VIDEO] Adibah Noor Meluat Dengar DJ Radio Bahasa Inggeris Sebut ‘Ringgit’ Macam Mat Salleh

Untitled Design 2022 03 18T103502.274

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.