in

Bak Putera dan Puteri! Ini 5 Perkara Menarik Sekitar Majlis Resepsi #Fattzura

Fff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bertunang sudah, bernikah pun sudah. Kalau dulu, Fattah Amin dan Fazura kerap merahsiakan perancangan dorang nak berkahwin dan kebanyakan perkara dibuat senyap-senyap tanpa pengetahuan peminat serta rakan artis. Kali ini, mereka betul-betul all out dalam mengadakan majlis resepsi pada malam semalam (25 Februari) bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.



28428487 588924788121779 8267879870923538432 N
sumber: blog

Majlis resepsi ini adalah antara majlis yang paling dinanti-nanti ramai, tak kisahlah peminat ataupun rakan artis sendiri yang antaranya teruja sangat nak tengok pasangan sweet ini bersanding di atas pelamin. Gara-gara majlis ini semalam, penuh timeline Facebook dan Instagram dengan gambar mereka tau!

Bagi mereka yang belum move on, berikut kami senaraikan lima perkara menarik yang berlaku sekitar majlis resepsi #Fattzura semalam. 

 

1. Majlis bertemakan ‘Fattzura Fairytale’

Ah sekilas pandang macam dalam kisah dongeng pulak! Majlis resepsi pasangan sejoli ini yang dihiasi bunga segar, lampu neon ungu kebiruan dan pelamin ala-ala istana kayangan dari Reka Teemor ini sangat mempersonakan. Patutlah ramai jemputan memuji konsep ‘Fattzura Fairytale’ ini kerana ia kena sangat dengan konsep yang sering diidam-idamkan Fattzura yang mahu kelihatan seperti putera dan puteri dalam fairytale Cinderella.

27894283 189364068330825 8280008046818623488 N
sumber: blog
27894186 2121360178150282 6684389823333007360 N
sumber: blog
28157716 245373986004960 7627788654143864832 N
sumber: blog

 

2. Namakan menu makanan dengan tajuk lagu #Fattzura

Siapa punya idea agaknya ni? Namakan menu makanan dengan lagu-lagu nyanyian Fazura dan Fattah. Boleh kencing manis tau kalau baca menu-menu makanan yang disediakan di majlis resepsi ini. Antara nama menu yang menarik perhatian ialah Ayam Kurma Sayangi Dirimu dan Pajeri Nenas Seri Pengantin Cinderella. Wow! Dengar nama makanan pun dah terliur.

28429212 418315768599239 4013651130000080896 N
sumber: blog

 

3. Persembahan menarik dari artis terkenal seperti Sheila Majid

Tak sahlah kalau kat majlis perkahwinan artis tak ada penyanyi terkenal yang hiburkan majlis. Kalau semasa perkahwinan Datuk Seri Siti Nurhaliza dulu, dia jemput Krisdayanti dan Hetty Koes Endang, Fattzura pula jemput penyanyi tersohor seperti Datuk Sheila Majid, Bunga Citra Lestari, Dayang Nurfaizah dan kumpulan Ruffedge untuk menghiburkan para tetamu. Terkesima Fazura bila dengar Ratu Jazz kita menyanyi tau!

Sheila
sumber: instagram
28153571 2000158940242972 7954287103003590656 N
sumber: blog

 

4. Dihadiri tetamu kehormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi

Kalau dah adakan majlis kenduri, undangan majlis lah antara yang paling utama dalam menjayakan majlis resepsi tersebut. Bukan calang-calang juga jemputan majlis perkahwinan Fattzura ni. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

28157084 1936071333374646 1711842241833598976 N
sumber: instagram

Selain itu, majlis ini juga diserikan dengan kehadiran rakan serta keluarga terdekat seperti Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Zizan Razak, Elfira Loy, Izara Aishah, Fathia Latiff, Aizat Amdan, Alvin Chong dan Lisa Surihani.  Tidak dilupakan Datuk Chef Wan yang teruja sangat nak hadiri majlis resepsi ini sampai terawal seminggu! Nasib baik tak lupa datang minggu ni.

Tetamu 1
sumber: instagram
Tetamu 2
sumber: instagram
Tetamu 3
sumber: instagram
Tetamu 4
sumber: instagram

 

5. Menyarung dua persalinan memukau daripada Rizman Ruzaini

Bagi yang memuji betapa drop dead gorgeous Fazura dalam persalinan persandingannya ini, korang patut berterima kasih kepada Rizman Ruzaini yang berjaya membuat busana yang menjadi perhatian ramai. Menurut Rizman, Fazura telah menggayakan dua busana, yang mana busana pertama bercirikan Inggeris, timeless dan princessy.

Busana 2
sumber: instagram

Manakala busana yang kedua pula, berona merah jambu dan diberikan suntikan couture yang mana dia telah meletakkan perincian rama-rama untuk serlahkan konsep fairytale tersebut. Lebih menarik, Rizman juga memberitahu yang dia sendiri membuat perincian pada busana Fazura dengan mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menyiapkannya. Fuh tererlah Rizman! 

Busana 1
sumber: instagram

 

6. Anak autisme Zarina Zainuddin akhirnya bertemu #Fattzura

Minggu lepas, pelakon Zarina Zainuddin ada memuat naik sebuah video di Instagram yang menunjukkan anak austimenya, Azal menyatakan hasrat untuk bertemu dengan pasangan Fattzura. Setelah video tersebut tular, PA kepada Fazura menjemput Azal dan ibunya ke majlis resepsi tersebut. Impian Azal menjadi kenyataan selepas dapat bertemu dengan pasangan selebriti kesukaannya dan sempat berselfie dengan mereka. Waa cayalah Azal! 

Azal 2
sumber: instagram
Azal
sumber: instagram

Masih tak move on dengan pasangan #Fattzura ni? 11 Mac depan Fattah dan Fazura akan adakan majlis resepsi untuk peminat pulak. Yang teringin nak tengok pasangan ini secara lebih dekat, bolehlah datang majlis yang ini. 

Baca: “Bukan apa, kot kot mengidam ke apa” – Bagi ‘Hint’ Mengidam Kerana Banyak Makan, Fazura Sudah Hamil? 

Fatt Zura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.