Memang wujud sesetengah gerai atau warung yang letak harga cekik darah mengalahkan harga restoran biasa. Sebab tu pentingnya untuk kita tengok atau tanya dulu harga makanan yang kita nak order tu, so takdelah terkejut beruk bila waktu kena bayar tu!
Tapi, lain pula dengan seorang lelaki di Indonesia ni bila dia dapat tahu makanan yang dipesan sangat mahal. Difahamkan, warung yang dikunjungi tu terletak di kawasan pelancongan iaitu di Pantai Jono dekat Sumatera Utara.
Lelaki tu pergi singgah makan di warung tersebut bersama dengan keluarganya. Tapi lepas dapat tahu harga makanan yang dia order, lelaki tu terus naik angin dan buang semua makanan ke atas pasir!
Sebuah video di Facebook, dirakam oleh lelaki tu sendiri mula viral sejak 13 Jun lepas. Dalam video tu, lelaki berkenaan merakam dirinya berasa marah dengan warung tersebut sebab caj harga makanan yang mahal.
Ini udangnya 250,000 (RM73.00).”
Sambil cakap tu dia angkat pinggan berisi udang dan lemparkan kesemuanya ke atas pasir. Lepas tu dia angkat pula pinggan berisi nasi goreng serta air kelapa muda dan campakkan ke bawah.
Kesemua makanan dipesan tu dikatakan berjumlah 285,000 Rupiah bersamaan dengan RM83.
Bukan tu je, lelaki tersebut kemudian panggil pula pekerja warung tu untuk rakam muka dia tapi tiada seorang pun datang untuk confront dan cuma buat tak endah je.
Sinilah. Biar ku rakam kau sini. Cepat, sini biar ku rakam. Berani ngak? Biar ku rakam. Mana kakak itu? Kok lari?”
Tonton video penuh di bawah:
Bagaimanapun ramai netizen yang bengang dengan tindakan lelaki ni sebab sampai sanggup bazirkan makanan macam tu sekali. Ada yang cakap memang biasalah harga mahal kalau dah tempat pelancongan.
“Sekesal dan semarah apapun jangan begitu caranya, jangan buang-buang makanan karena masih banyak saudara kita yang di luar sana yang kelaparan.”
“Kalo di tempat wisata kan emang harusnya udah tau pasti serba mahal. Pop mie aja bisa sampe 20 ribu. Ga punya duit pengen makan!!”
“Kalo gak banyak duit mending bawa bekal dari rumah.”
Tapi ada juga yang cakap, wajar bagi seorang pelanggan untuk marah sebab kecewa dan marah dengan harga yang mahal macam tu.
“Akhir akhir ini banyak bangat warung warung cari untung dengan cara yang ngak berkah.”
“Wajar lo konsumen emosi lo harga terlalu tinggi.”
Itu baru dekat Indonesia, kalau dia makan dekat Singapore taktau lah macam mana dia punya mengamuk.
Baca: “Harga Yahudi, sapa nak beli?” – Netizen Kecam Harga Makanan Food Truck Mahal Tak Sedap