in

“Harga Yahudi, sapa nak beli?” – Netizen Kecam Harga Makanan Food Truck Mahal & Tak Sedap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Food truck  yang dahulunya menjadi kegilaan ‘kaki makan’ kini semakin sendu. Kalau dulu siap kerap ada festival khas pengusaha food truck tapi sekarang kita nak tengok satu pun susah. Ya kami tahu, memang masih ada scene food truck ni, contohnya di TAPAK KL dan TAPAK PJ.


Tapi kenapa scene food truck ni macam kurang dapat sambutan. Pengguna Twitter @RezaIrAmrey ada tweet pasal scene food truck ni dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataannya.

Sepatutnya murah, tapi..

Ini memang dipersetujui oleh umum. Konsep food truck dekat oversea lain. Dekat sana makanan food truck murah, tapi dekat Malaysia kita ni, harga mengalahkan makanan di hotel.

Tak perlu pun mention mana-mana lokasi atau pengusaha food truck ni, tapi secara asasnya harga makanan food truck memang perlu macam ni ke? Ini tak masuk akal. Mungkin scene food truck ni nak jadi next level pasar malam kot?

Harga mahal tapi kualiti dan kuantiti out

Harga yang tak masuk akal macam ni memang mengundang kecaman dari netizen lah. Kalau harga mahal sekali pun tapi kualiti dan portion banyak, rasanya orang pun tak kisah untuk spend.

RM8 untuk char kue tiaw dan dapat udang sekor je? Wow, mungkin saiz udang dia besar kot. *bersangka baik

Amboi, kalau macam ni makan dekat restoran tom yam pun boleh dapat yang lagi best.

Apa-apa pun kami tidak mahu menutup periuk nasi siapa-siapa. Cuma perkongsian dari netizen-netizen yang lain pasal scene food truck. Kami harap scene food truck dapat kembali ke pangkal jalan dengan menawarkan harga yang betul-betul berpatutan macam dulu-dulu.

 

Baca: Jangan Pandang Rendah! Walaupun OKU, ‘Wak’ Miliki 5 Food-Truck & Pendapatan RM8000 Sehari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.