in

“Baiknya dia orang” – Pasangan Tak Dikenali Bayarkan Barang Keperluan Kolej Keluarga Lain Buat Netizen Kagum

Ft Tolong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam situasi Covid19 yang berlaku sekarang ini, ramai rakyat yang telah memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada wang ataupun keperluan harian. Sedekah dalam konteks Islam sangatlah luas.


Secara ringkasnya sedekah bermaksud memberi bantuan kepada seseorang yang memerlukan selain mendekatkan diri pada Tuhan. Tapi kalau boleh janganlah menunjuk-nunjuk dalam bersedekah. Itu dikira riak walaupun niat dalam hati tau.

Samalah dengan cerita semalam. Dalam perkongsian @lisaa_aa98, dia telah memuat naik satu posting di Twitternya mengenai keluarganya telah dibantu oleh satu pasangan semasa membeli barang keperluan kolej adiknya yang akan masuk belajar tak lama lagi.

“Duit pula tak boleh keluar”

Ibu Lisa dan adik lelakinya pergi ke Giant yang behampiran dengan rumah untuk membeli barang keperluan kolej adik lelakinya yang akan masuk ke Kolej Yayasan Pahang. Sebelum keluar ibunya telah meminta ayahnya untuk transfer duit ke akaun bank ibunya sebanyak RM400.

Semasa di kaunter, ibunya keluarkan kad debit untuk membayar semua barang tersebut. Namun kad tersebut ditolak sebab duit yang di transfer rupanya dalam MAE. Jadi juruwang menyuruh ibunya untuk pergi ke mesin ATM yang terdekat namun duit tak dapat dikeluarkan juga.

“Siapa yang bayarkan?”

Orang yang beratur pula ramai. Ibunya pula terus telefon suami untuk membawa wang yang perlu dibayar. Sejurus ibunya kembali ke kaunter bayaran, adik lelaki Lisa bagitahu yang semua barang tersebut sudah pun dibayar oleh satu pasangan suami isteri yang tak dikenali.

Ibunya pula kejar pasangan tersebut untuk bayar semula duit yang dibelanja tapi pasangan tersebut menghalalkan duit tersebut. Dah la banyak jumlah tu.

“Comelnya Aisyah!”

Secara tidak langsung, pasangan tersebut sudah belanja adik Lisa yang merupakan anak istimewa keluarga itu. Sebelum keluar pergi ke Giant, Aisyah sudah pesan ibunya untuk beli gula-gula dan coklat banyak-banyak. Lisa juga ada post gambar Aisyah dengan wajah gembira di Twitter.

Ramai netizen yang membaca cerita tersebut mendoakan pasangan itu sentiasa dimurahkan rezeki. Lisa juga sudah berjumpa dengan pasangan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Min mendoakan pasangan tersebut sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki juga, Aamiin.

Baca: “Saya boleh bayar you” – [Video] Rantai Ada Sentimental Value Diragut Pemuda Minta Rider Pulangkan Tawar RM 500

Ragut E1629099930590

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.