in

“Saya boleh bayar you” – [VIDEO] Rantai Ada ‘Sentimental Value’ Diragut, Pemuda Minta Rider Pulangkan & Tawar RM 500

Ft Pemuda Diragut Rider E1656810449692

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tak berbau, seperti yang orang kata duit boleh dicari tapi nilai pada sesuatu barang itu memberikan makna buat kita, jadi tidak kira mahal atau murah, jika ia hilang atau diragut pasti ianya akan merobek hati.


Itulah situasi yang terjadi kepada seorang peniaga bengkel motosikal ini, rantai pemberian kakaknya sebagai kenangan telah diragut oleh seorang penunggang motosikal baru-baru ini.

Disebabkan itu, pemuda ini buat satu video dan meminta agar ianya diviralkan dengan harapan agar dapat kembali.

 

Tak salahkan peragut 100% sebab….

Pemuda Diragut 2

 

Menurutnya kejadian ini berlaku di Rawang, video itu viral sejak semalam di media sosial, bagaimanapun pemuda ini enggan mendedahkan identiti (bangsa) pelaku.

Katanya kejadian ini berlaku di salah satu tempat lampu isyarat di kawasan Taman Tun Teja, Rawang, dia bersama pengguna jalan lain yang menyaksikan kejadian itu cuba untuk kejar peragut tersebut namun begitu gagal.

“Saya kejar dia sambil menangis, lepas saya u-turn balik datang kedai saya menangis sebab rantai itu ada kenangan kakak saya bagi, masa dia kahwin , pergi (keluar) dari rumah saya, dia bagi, suruh saya simpan rantai tu sebagai kenangan dia.”

Pemuda Diragut 4

Tidak dapat menahan sebak, pemuda ini menceritakan dia kembali ke kawasan terbabit untuk mendapatkan rakaman CCTV daripada premis di kawasan itu.

Bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk tidak mahu tayangkan di media sosial kerana tidak boleh mengesan nombor pendaftaran motor itu.

Disebabkan itu pemuda ini meminta agar perkara ini di viralkan sehingga ke pengetahuan pelaku, Apa yang menangkap perhatian netizen adalah, biarpun tengah marah namun dia cuba memahami situasi peragut itu.

Memang saya marah tapi saya fikir macam ni, mungkin itu situasi dia lah, mungkin anak dia sakit sebab musim pandemik ni, semua orang pun susah, semua orang pun pendapatannya sudah kurang, mungkin dia ada masalah pendapatan, saya tak boleh salah kan dia.”

 

Siap nak tawar bantuan RM 500 kalau pulangkan

Pemuda Diragut

Katanya seandainya benar peragut itu mengalami masalah kewangan, pemuda ini akan bantu bayar peragut itu sebanyak RM 500 seandainya dia pulangkan rantai tersebut.

Dalam pada itu, pemuda tersebut menunjukkan satu tempat untuk peragut itu pulangkan rantai kepadanya.

” You boleh letak nombor akaun sekali, you masukkan rantai tu, memang ada loket sekali.”

Dalam pada itu, pemuda ini juga memberitahu bahawa kedainya tiada CCTV jadi, peragut itu tak perlu risau kerana aibnya terjaga.

Dia juga turut menasihati tuan empunya badan agar tidak melakukan perkara sedemikian lagi. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 11.19 pagi pada 14 Ogos lepas.

#SAYABELUMDAPATMERDEKA???

#ANAKMALAYSIASAMUNANAKMALAYSIA#admin grp lain tolong kasi share folowers sye kurang?Saye kena samun pg niSaya blm dpt #MERDEKA di Malaysia???Tolong? share smpai rider grab tu menyesal dan x repeat lghttps://wa.me/60173031851

Posted by SG MOTOR SPORT Enterprise on Saturday, August 14, 2021

Selain di Facebook, video ini turut viral di Twitter, ramai netizen puji dengan sikapnya yang kekal positif biarpun dugaan melanda pada dirinya.

 

Mentaliti gred A, pemaaf, empati dan hargai sentimental value – Netizen

Pemuda Diragut Rider 7 Pemuda Diragut Rider 6 Pemuda Diragut Rider 5 Pemuda Diragut Rider 4 Pemuda Diragut Rider 3 Pemuda Diragut Rider 2 Pemuda Diragur Rider

Video ini telah meraih 5.5K jumlah shares di Facebook dan 16.7K jumlah retweets dalam masa 12 jam ia dimuatnaik di Twitter.

 

Baca : “Kena cengkam leher” – [VIDEO] Nenek Kelaparan Tiada Duit Cuba Ragut RM28 Tapi Ditangkap & Dikasari Orang Awam

Ft Nenekcopet

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.