in

“Baik tolong orang miskin, macam melampau je” – Netizen Tak Setuju Terlalu Banyak ‘Sumbangan’ Kepada Petugas Media di Istana Negara?

Banyak Goodies Angat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak berlakunya isu kemelut politik di Malaysia dua tiga hari ini, petugas medialah antara individu yang sangat sibuk dalam mengejar berita dan menyampaikan informasi penting kepada rakyat di luar sana.


Disebabkan tiada pengumuman atau update khusus berkaitan isu ini, media terpaksa ‘berkampung’ di beberapa ‘spot panas’ seperti Istana Negara, rumah pemimpin politik dan beberapa lokasi lain yang penting.

85253414 3226599197369560 8883470846195138560 N

 

Netizen jeles petugas media dapat terlalu banyak ‘sumbangan’? 

Kebaikan pihak istana dalam memberi sumbangan makanan kepada petugas media telah menjadi contoh yang baik kepada semua sehingga banyak pulak syarikat lain turut serta turun di istana untuk menghulurkan bantuan.

87550457 1457044241134239 7908014718789353472 N

Namun bantuan atau gift yang diberikan syarikat-syarikat ni lama kelamaan dilihat ‘agak melebih’ pulak sehingga netizen di Twitter merasakan lebih baik syarikat ni tolong orang miskin dari beri sumbangan kepada petugas media. Erk! 

Miskin 1

 

“Tolong orang miskin tak dapat banyak attention… ini semua marketing strategy” 

Rata-rata netizen berpendapat tindakan syarikat-syarikat yang memberi sumbangan atau pertolongan kepada petugas media ini adalah semata-mata kerana marketing.

Yalah kan, bila media masukkan barang-barang yang mereka dapat tu ke dalam news atau media sosial, dapatlah free marketing dan publisiti.

Lebih

 

“Husnuzon mungkin harini rezeki mereka mungkin esok-esok rezeki orang yang memerlukan pulak” 

Walau bagaimanapun, masih ramai juga di kalangan netizen yang berfikiran positif dan berpendapat bantuan patut diberikan kepada sesiapa saja tak kiralah orang tu orang susah mahupun kepada petugas media.

Lagipula mereka ini dah bekerja keras dalam memberikan update news yang terbaik untuk kita. Jadi kita husnuzon jelah dengan rezeki yang mereka dapat kali ini. Sedangkan Tuanku sendiri pun sanggup mencemar duli berikan mereka makanan dan siap pasang khemah lagi. Siapalah kita nak mempersoalkan?

Apolah 1

Sehingga setakat ini, masih ada ramai lagi syarikat-syarikat makanan dan ahli politik termasuklah Tun Dr Siti Hasmah sendiri ada memberi goodies dan sumbangan buat petugas media ni tau! Aww comel! 

So korang jangan jeles ye! Kita anggap sajalah ini rezeki mereka. Semoga mereka dapat menjalankan tugas melaporkan berita terbaik buat kita semua! 

Baca: “Macam lawatan sekolah” – Ahli Parlimen BN & PAS Buat Kejutan, Jumpa YDP Agong Naik Bas Dari PWTC

Ggg

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.