in

“Baik-baik nanti boss deduct gaji” – Boss Bagi Hadiah Kerusi Teknologi Tinggi, Rupa-rupanya Nak ‘Spy’ Staff?

Kusyen3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia kerja, budaya menggosip itu pastinya wujud dan pasti masing-masing dah tahu, kalau nak bergossip atau berbual, dalam pejabat bukan tempat yang selamat. Ya lah, nanti ada je mata-mata yang melihat dan ada yang menyampai kan?


Macam satu insiden berlaku di Hangzhou, China baru-baru ini, ada majikan menghadiahkan semua kakitangannya satu kusyen berteknologi tinggi. Tanpa diduga, ia dikatakan bertujuan untuk intip staff.

Kusyen

Menurut WORLD OF BUZZ menerusi China Press, ada seorang pekerja ini kongsikan hal ini di media sosial.

Dia menjelaskan bahawa hubungan pekerja dengan staff memang di syarikat tempat dia kerja memang baik dan boss dia jenis suka dengan barang berteknologi terkini, malah boss dia rajin beli produk baru di pejabat.

Jadi, semasa boss dia menghadiahkan kusyen itu pada November lepas sempena hadiah akhir tahun, reaksi pekerja itu biasa je.

Kusyen itu dipanggil ‘kusyen sihat’ yang boleh mengesan degupan jantung, pernafasan dan postur badan yang tak betul. Jadi, sepanjang orang duduk diatas kusyen itu, individu itu akan menerima notifikasi daripada smartphone untuk memberikan isyarat.

Kusyen2

Contohnya, kalau kita duduk lama sangat atau duduk pada postur yang boleh mendatangan rasa penat, kita akan diberitahu daripada apps tersebut untuk menjaga kesihatan.

Jadi, pada mulanya wanita tersebut rasa tak apa-apa, tapi mula rasa lain apabila dia ditegur oleh HR dengan beberapa pertanyaan.

“Kenapa awak tak ada kat desk dari 10 am sampai 10.30 am? Jaga-jaga, nanti boss potong gaji awak!”

Walaupun ada rakan sekerja mengatakan bahawa ia hanyalah gurauan, netizen anggap bahawa dia telah diintip oleh boss dia. Bagi netizen, kusyen itu macam satu monitor, dan data-data daripada apps tersebut sampai ke mata boss dan HR bila-bila masa.

Bagaimanapun ada yang menyokong dengan pendapat rakan sekerja itu. Namun begitu, bagi mereka yang menyokong wanita ini.

 

Baca : [Video] Biadap! Tourist Bagi Rusa Makan Facemask, Tak Peduli Walau Staff Zoo Dah Larang

Zoo

Sumber: Chinapress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.