in

[Video] Biadap! Tourist Bagi Rusa Makan Facemask, Tak Peduli Walau Staff Zoo Dah Larang

Rusa3

Sebagai langkah keselamatan, orang ramai diharuskan untuk memakai pelitup muka untuk elakkan diri daripada terkena jangkitan Covid-19. Itu dah dikira satu perkara yang sangat bagus untuk kita semua melakukan tanggungjawab dalam membendung pandemik ini.

Rusa

Cuma apa yang tak bagusnya, mereka patuh memakai pelitup muka tapi susah nak patuh untuk buang ditempat yang betul. Banyak kita dapat lihat pelitup muka bersepah di atas lantai.

Tapi tindakan seorang pelancong di Beijing, China ini agak keterlaluan. Ketika sedang melawat sebuah zoo di negara tersebut. Pelancong itu dikatakan cuba bagi rusa makan pelitup muka!

Dalam video tersebut, dapat dilihat rusa itu kunyah pelitup muka ketika rusa meletakkan kepalanya ke dalam kereta individu tersebut. Walaupun kakitangan menghentikannya, dia terus memberi mask kepada rusa tersebut.

Mujurlah, ada seorang kakitangan datang tepat pada masanya dan mengeluarkan topeng dari mulut rusa dan memberi isyarat kepada pemandu untuk pergi. Sekiranya tidak, ada kemungkinan besar rusa itu kena bedah.

Kakitangan perkhidmatan pelanggan tampil memberi respon semalam bahawa, mereka masih belum kenal pasti samada pelancong itu berikan dengan sengaja atau mungkin rusa tersebut yang capai pelitup muka tu dalam kereta.

 

Baca : “Bekalan daging tak cukup”-Viral Di Twitter Kes Singa Kurus, Kali Ini Zoo Negara Jelaskan Perkara Sebenar

Zoo

Sumber: YouTube