in

“Bahaya jugak kucing ni”– Tangan Lelaki Ini Kena Operate Lepas Digigit Kucing Terbiar

Feature 4 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan kucing merupakan antara haiwan yang tercomel di dunia. Jarang lah jumpa orang tak suka kucing kan. 


Walaupun comel, korang still kena berhati-hati dengan haiwan peliharaan ni sebab sudah banyak kali berlaku kes individu digigit kucing sampai kena masuk hospital terutamanya oleh kucing terbiar. Menurut perkongsian Anis Khalidi di Twitter, tangan suaminya telah dibedah lepas digigit oleh haiwan comel tersebut.

Kucing 1

Difahamkan, kucing tersebut merupakan kucing jalanan yang dipelihara selepas ditemui oleh mereka. Jadinya, dorang belum sempat nak vaksinkan si comel tu. 

Rupanya kucing tersebut suka main gigit-gigit. Namun, gigitan di tangan suaminya itu tidak ada luka dan parutnya telah hilang selepas beberapa hari.

Kucing 2

Doktor klinik kesihatan bagi ubat antibiotik tapi tak berkesan

Kucing 3

Namun, sampai satu tahap, sakit pada tangan sudah tidak tertanggung sebab tangan dah semakin membengkak. Jadi, doktor di hospital mengatakan tangan perlu dibedah untuk membuang sel tisu yang telah rosak akibat jangkitan kuman dari kucing terbabit.

Kucing 6

Kucing 7

Namun, ada juga netizen lain yang mengatakan walaupun kucing sudah divaksinkan, gigitan haiwan ini tetap berbahaya dan perlu segera ke hospital jika digigit kucing.

Jadi, korang jangan ambil mudah dengan gigitan kucing ni. Kena berhati-hati sikit lah kalau nak main dengan kucing comel korang tu. 

Baca: “Pijak dorang balik!” – Remaja Dera Anak Kucing Dalam Video Viral Dah Ditangkap, Rupanya Kes Tahun 2015 Di Honduras

Kucing

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.