“Pijak dorang balik!” – Remaja Dera Anak Kucing Dalam Video Viral Dah Ditangkap, Rupanya Kes Tahun 2015 Di Honduras

Viral di Facebook sejak semalam video dan gambar menunjukkan seekor anak kucing didera dengan kejam hingga mati. Dalam video tersebut tiga wanita dilihat memijak-mijak anak kucing tersebut dan tindakan mereka sudah tentunya mengundang kemarahan netizen.
Menurut Berita Harian, polis menerima laporan pertama yang dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan akan menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, satu posting di Facebook mendedahkan bahawa kejadian itu tidak berlaku di negara ini dan pelaku tersebut merupakan warga Amerika Latin.
Difahamkan, video tersebut dirakamkan dan telah berlaku di Honduras dan semua pelaku telah pun ditangkap pihak polis di sana. Selain itu, kejadian tersebut juga dilaporkan terjadi pada tahun 2015 dan bukanlah baru-baru ini.


Ada juga yang mendakwa bahawa mereka sengaja bertindak kejam terhadap anak kucing tersebut untuk mendapat bayaran daripada orang yang mempunyai fetish dengan melihat kaki wanita memijak binatang. Video itu juga didakwa akan dimuat turun di Dark Web dan dari situlah mereka akan dapat duit daripada penonton fetish itu semua.

https://www.facebook.com/447283675701050/posts/932940493802030/?d=n
Kalau korang ada share video tu, tolonglah remove. Ganggu emosi bile tengok…
Baca: Polis Jelaskan Lelaki Yang Gantung Anjing Ada Masalah Mental
Nak cerita macam ni sampai dulu?
Jadikan Lobak Merah sumber pilihan di Google.




