in

“Kalau aku pun tak tahan” – Suami Ceraikan Isteri Obses Dengan Kucing, Bengang Bila Salah Seekor Kencing Atasnya

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penceraian antara suami isteri bukanlah satu benda yang asing lagi dalam masyarakat sekarang. Mostly, punca penceraian adalah kerana orang ketiga atau pun kerana suami atau isteri culas memberi nafkah. Tapi, ada juga orang yang bercerai kerana alasan-alasan yang kita rasakan pelik.


Macam pasangan dari Singapura ini yang telah berkahwin selama 45 tahun dan mempunyai tiga orang anak yang kini sudah pun dewasa.

Pasangan ini mula mengalami masalah dalam perkahwinan dorang bila si isteri mula menjadi obses dengan kucing selepas mimpi arwah ibunya menyuruh dia berbuat baik dengan kucing, lapor SCMP.

Sejak itu, wanita ini percaya yang berbuat baik dengan kucing adalah satu-satunya cara untuk dia masuk ke syurga dan dia mula memberi makan kepada kucing-kucing terbiar dan membelanya.

Tapi, apa yang membuatkan suami ini tak selesa bila wanita ini membiarkan kucing-kucing tersebut bebas berkeliaran di rumah dan membuang najis merata-rata hinggakan rumah pasangan ini menjadi busuk dan jiran mula complaint.

Nintchdbpict000317703321

 

Bukan tu je, lelaki ni juga dah tak boleh tidur dekat atas katil kerana katil tersebut sentiasa ada najis kucing. Namun, apa yang buatkan suami ni tak tahan apabila salah seekor kucing kencing ke atasnya.

Lelaki ini buat laporan polis tapi pihak polis mengatakan yang perkara ini adalah isu rumah tangga. Disebabkan tak dapat jumpa jalan penyelesaian, lelaki ini mula mengelak dari isterinya dan pindah ke rumah abang iparnya dan tak pulang-pulang sejak tahun 2007.

Menurut mahkamah, lelaki ini membuat aduan yang isterinya telah menghalang dia dari bertemu anak-anaknya hinggakan bila anak lelaki mereka masuk ICU pun dia tak boleh nak melawat.

Walaupun isteri ni enggan menerima penceraian kerana takut kehilangan rumah perkahwinan mereka hakim memutuskan yang mereka perlu bercerai kerana percaya yang pasangan ini tak akan berbaik semula selepas berpisah selama 15 tahun.

 

Baca: “Dia doakan saya mati ketika bersalin” – Wanita Dedah Perangai Suami, Dicerai Talak 3 Masa Usia Kandungan 3 Bulan

Screenshot 2020 06 02 At 4.22.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.