in

“Bahaya gila!” – Nurse Terperosok Bawah Motor Sendiri Lepas Jaket Terbalik Tersangkut Pada Roda & Jerut Lehernya

Motorft3

Antara salah satu pemandangan yang biasa kita nampak bila tengok penunggang motosikal ialah dorang suka pakai jaket terbalik semasa bawa motor untuk panaskan badan.

Tapi kita memang tak sangka perbuatan yang kita biasa lihat ni sebenarnya sangat bahaya. Contohnya, macam apa yang berlaku pada penunggang motosikal ni ketika dia bawa motor dalam hujan.

Dalam video yang dimuatnaik di Facebook ni, korang boleh tengok wanita ni seperti penunggang motosikal yang lain, dia memakai jaket terbalik dan helmet. 

Facebook2

Tapi, disebabkan angin yang kuat, jaketnya yang besar itu telah tersangkut pada tayar motornya dan mengheret kepalanya masuk ke dalam tayar seterusnya membuatkan motor tersebut menghempap kepalanya. Nasib baik dia pakai helmet.

3C4M6I 2

Menurut post di Facebook ni, dikatakan jaket yang dipakai oleh wanita ini telah menjerut lehernya hingga membuatkan wanita ini pengsan.

Facebook11

Nasib baik, kereta di belakang sempat berhenti tepat pada masanya. Bukan tu je, beberapa lelaki berhampiran kawasan kejadian ini juga turut bekerjasama membantu mengangkat motor dan meleraikan jaket tersebut dari leher wanita ini.

Setakat ini, belum ada berita tentang keadaan wanita ini, tapi menurut netizen, wanita ini masih lagi bernyawa ketika ambulans tiba.

Apa-apa pun, admin harap wanita ni selamat dan video ni boleh beri pengajaran kepada penunggang-penunggang motosikal yang lain untuk lebih berhati-hati.

 

Baca: “Kuat gila impak dia” – Penunggang Motorsikal Tercampak Lepas Terlanggar Kereta Yang Tukar Lorong Tiba-tiba

Screenshot 2019 10 03 At 4.41.42 Pm