in

“Betul high ni” – Lelaki Ini Terlupa Dia Pernah Sorok Ganja Dalam Hidung 18 Tahun Lepas Gara-gara Nak Seludup

Slack Imgs.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab nak seludup dadah, orang memang sanggup sorokkan dekat mana-mana rongga terbuka yang ada dekat tubuh badan. Macam lelaki dari Australia ni.


Menurut ati, lelaki ini berusia 30 tahun ketika dia masih menjadi banduan penjara bila dia menerima satu bungkusan ganja dari teman wanita yang melawatnya ketika itu.

Sejurus selepas dia menerima ganja yang dah dibalut dalam belon getah, lelaki ini terus menyumbat ganja tersebut ke dalam lubang hidung kanannya.

Tujuannya dah tentulah nak sorok ganja tu dari ditemui oleh pegawai penjara kan? Malangnya, ganja tersebut dah termasuk jauh ke dalam saluran hidungnya dan tersekat di situ hingga dia menyangka dia telah menelan dadah tersebut.

Padahal, ganja tu ada je dekat saluran hidung dia dan akhirnya mengeras dan dah pun lukakan tisu di kawasan itu. Hampir dua dekad kemudiannya, dua pasukan doktor dari Sydney akhirnya berjaya mengeluarkan dadah tersebut.

Pot Flower

Kalau korang nak tahu, objek yang dah mengeras sampai lukakan tisu dalam hidung ini dipanggil rhinolith atau dikenali sebagai “batu hidung”. Fenomena ini biasanya terjadi pada kanak-kanak yang secara tak sengaja memasukkan objek asing ke dalam hidung mereka seperti manik atau sticker.

Dalam kebanyakan kes batu hidung ini, objek yang dah mengeras dalam hidung mereka biasanya tak disedari selama bertahun-tahun kerana ia biasanya tak memberikan apa-apa simptom pelik pada manusia.

Bagaimanapun, orang yang mempunyai halangan di dalam saluran hidung mereka biasanya mengalami gejala seperti, pening kepala, cecair keluar dari hidung atau hidung berdarah. Sama dengan apa yang dialami oleh lelaki ini selama 20 tahun lalu.

Namun, kerana lelaki ni terlupa tentang ganja yang dia masukkan ke dalam hidungnya itu, dia tak pernah pula terfikir masalah sinus yang dialaminya ini ada kena-mengena dengan dadah itu.

Ct Scan Of Pot Inside Nose

Kemudian, bila doktor membuat imbasan CT dan menemui satu kapsul getah yang mengandungi bahan seperti tumbuhan/sayur, barulah dia teringat dan menceritakan semula kisah dia cuba seludup dadah kepada doktor tersebut.

Selepas mengeluarkan ganja dari hidung lelaki ini dengan menggunakan kamera dan hos fleksibel, lelaki ini akhirnya sembuh tiga bulan kemudian.

Kalau dah nak tu, mana-mana pun dorang sanggup masuk. Siap lupa pulak tu…

 

Baca: “Benda ni tengah masuk pasaran Malaysia” – Kawan Mati Hisap K2/Spice, Lelaki Dedah Bahaya Ganja Sintetik

Screenshot 2019 11 08 At 3.12.57 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.