Badan Kebas & Susah Bernafas, Kutip Duit Yang Dijumpai Jadi Punca Wanita Ini Hampir Mati

Tambah ke Sumber Pilihan
Badan Kebas & Susah Bernafas, Kutip Duit Yang Dijumpai Jadi Punca Wanita Ini Hampir Mati

Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia mengadu badanya terasa kebas dan mengalami kesukaran bernafas gara-gara mengutip sekeping duit kertas yang dijumpai di sebuah restoran di Amerika Syarikat.

Screenshot 2022 07 24 At 10.27.28 Am
Gambar Hiasan

Renne Parson telah menemui sekeping duit $1 di lantai tandas ketika keluarganya berhenti di sebuah restoran makanan segera di Nashville, Tennessee. Merasakan itu adalah rezeki yang tidak disangka-sangka, Renne mengambilnya dan menyimpan wang kertas itu ke dalam poket seluarnya.


Sejurus selepas menyimpan wang kertas itu ke dalam poket, Renne kembali ke kereta keluarganya dan memberitahu penemuan wang kertas itu kepada suaminya, Justin. Dia kemudiannya menggelap tangan dengan baby wipes bagi membunuh kuman yang mungkin melekat.

Screenshot 2022 07 24 At 10.23.57 Am

Secara tiba-tiba, Renne terasa seolah-olah tubuh badannya ditimpa batu bata dan terasa kebas. Panik dengan keadaan isterinya yang tiba-tiba kebas seluruh badan dan susah bernafas, Justin bergegas ke hospital.

Dalam perjalanan ke hospital, Renne sudah tidak sedarkan diri. Namun, pihak hospital bertindak pantas dan dalam beberapa jam Renne kembali normal.

Screenshot 2022 07 24 At 10.24.05 Am

Memetik sumber dari Savage Humans, wang kertas yang dijumpai Renne berkemungkinan telah digunakan untuk memotong dadah atau telah dilumur dadah dan tercicir di tandas restoran itu atau memang sengaja ditinggalkan di situ.

Baca: Gelagat Penunggang Motosikal Pura-pura Pengsan Lepas Gagal Lari Dari Roadblock Bikin Netizen Geli Hati

Pura Pura Pengsan Indo

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Badan Kebas & Susah Bernafas, Kutip Duit Yang Dijumpai Jadi Punca Wanita Ini Hampir Mati
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/badan-kebas-susah-bernafas-kutip-duit-yang-dijumpai-jadi-punca-wanita-ini-hampir-mati/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM