Bila sebut je pasal pasal kes-kes keguguran ni kita memang dah familiar dan selalu dengar kan.
Tapi baru-baru ini seorang gadis di Twitter telah berkongsi video berdurasi 18 saat yang menunjukkan seekor anak kucing yang baru sahaja lahir akibat keguguran dari kandungan ibunya dan masih bernyawa.
Dia yang kelihatan panik telah merakam kejadian ini dan berkongsi di Twitter dengan tujuan minta pertolongan.
Baru perasan ada lagi seekor but ni dah pecah and hmmm dah mati? Aaaaaa can u feel me now? pic.twitter.com/JSWdN4B2hK
— ? (@ruwff) October 10, 2019
Menurutnya lagi dia telah menjumpai seekor lagi anak kucing yang keguguran tapi malangnya sudah tak bernyawa.
Tambahnya lagi dia sudah melakukan yang terbaik tapi apa kan daya, anak kucing itu terlalu kecil dan kemungkinan berada di luar terlalu lama. Hmm sedihnya
Tak tau gugur, nasib dia tak kunyah anak dia”
Ibu kucing berkenaan dikatakan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sedang mengandung sebab ibu kucing itu sendiri masih lagi muda.
Netizen turut menasihati gadis ini untuk membawa kucingnya itu ke klinik haiwan kerana bimbang akan ada saki baki anak kucing di dalam perut.
Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka yang menghadapi perkara sama seperti ini.
” 2 ekor je? Pengalaman saya kan bila bawa ke vet masih ada dalam perut”
”Jangan lupa bawa pergi vet, kucing i mati sebab pendarahan”
”Unfortunately, survive for a few day je”
Admin harap ibu kucing tu sihat dan hidup macam biasa.