in

“Kena tendang masa pregnant 3 bulan” – Biarpun Keguguran Anak Pertama, Wanita Ini Tetap Maafkan Ex Husband Sebab…

Gugur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mula-mula ada pengguna Twitter ni secara random bertanyakan kepada netizen moment-moment yang paling terkesan di hati yang kita pernah rasa.


Dalam banyak-banyak jawapan yang netizen beri, pengalaman perit @aqlahshaimi ini lah yang membuatkan ramai netizen terkesan sekali. Nak nangis pun ada.

 

Kena tendang dengan ex husband masa mengandung 3 bulan.. 

Lebih daripada 9,000 netizen yang retweets kisah sedih yang dialami oleh wanita ini tersentuh dengan dugaan paling perit ketika dialam perkahwinan suatu ketika dahulu.

Sama seperti wanita lain, dia juga teruja apabila mengetahui dirinya berbadan dua dan menantikan detik-detik indah untuk melahirkan cahaya matanya, apatah lagi buat kali pertama.

Tapi detik itu tidak sempat dijamah kerana bekas suaminya menjadi penyebab utama dia keguguran sewaktu usia kandungan baru sahaja 3 bulan.

Luna

Dia ditendang oleh bekas suami sehingga pinggangnya sakit seminggu kemudian turun darah, Lebih menyedihkan lagi dia dah namakan anaknya tu, kandungan tu gugur sewaktu hari ulang tahun ayahnya.

Malah hati pembaca bertambah sebak bila wanita ini memaafkan bekas suaminya.

 

Pernah tengok gambar Adam Fahmi dalam botol hospital before ayah i balik tanam.

Dia mengakui hampir meroyan seminggu selepas keguguran, manakan tidak berpantang tanpa anak disisi, amat perit kalau dia melihat bayi.

Luna2

Sudah semestinya ramai yang marah dengan bekas suaminya tu, namun wanita ini telah pun memaafkannya, siap minta netizen untuk jangan memaki hamun bekas suaminya itu sebab..

 

Jangan maki hamun ex husb i. Dia tak salah. Dia cuma tak sihat

Luna3

Ramai netizen yang sedih dengan kisah pilunya, dia siap menerima banyak dm memberikan kata-kata semangat lagi. Allahuakbar kuat betul awak ni sis…

 

Baca : Lelaki Dayus Belasah Isteri Sampai Keguguran, Janin Jatuh Terkeluar Dari Rahim!

Keguguran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.