“Ayang mak balik!” – [VIDEO] Ibu Teruja Lihat Anak Depan Mata Selepas Lama Berpisah Sebab PKP

Tambah ke Sumber Pilihan
“Ayang mak balik!” – [VIDEO] Ibu Teruja Lihat Anak Depan Mata Selepas Lama Berpisah Sebab PKP

Sejak negara kita dah dibenarkan untuk rentas negeri pada 11 Oktober lalu, tak dapat dinafikan memang ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing apatah lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa. Mana taknya, nak dekat 2 tahun kita kena stay at home je…

Dengan menggunakan peluang tersebut, ramai yang membuat kejutan dengan pulang ke rumah ibu bapa mereka secara tiba-tiba. Ada yang menggunakan cara kononnya menjadi orang yang membuat penghantaran barang.


Dalam banyak-banyak video yang dikongsikan, bagi Min ada satu video yang dikongsikan kelihatan sangat comel untuk hubungan ibu dan anak. Video itu boleh ditonton menerusi akaun TikTok @haznifalizaahmad.

Jika dilihatkan dalam video itu, ibu kepada pemilik akaun tersebut, pada awalnya masih tidak dapat mengecam anak lelakinya kerana dia berpakaian baju hujan dan juga berpelitup muka dan berlakon seperti seorang penghantar barang.

Namun, sebaik sahaja anak lelakinya menurunkan baju hujan, ibunya kelihatan sungguh gembira dan memeluk erat seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berada di depan matanya.

“Ayang mak! Ayang mak! Ayang mak dah balik!” – Ibu

Di bahagian komen pula, ramai juga yang memberi reaksi positif dengan mengatakan yang mereka turut tersenyum melihat suasana yang menggembirakan itu dan juga menunjukkan rasa syukur kerana anak lelakinya dapat juga pulang ke rumah ibunya.

Ibu Komen FullSumber: TikTok

Dapat juga ibunya ubat rindu berjumpa kembali dengan anaknya. Boleh disimpulkan yang sekecil-kecil perbuatan dari anak juga boleh menggembirakan ibu bapa sehingga membuatkan mereka senyum dan teruja.

Harapnya awak terus buatkan ibu awak gembira. Teruskan menjadi anak yang soleh okay?

Baca: Dah Lama Mengidam, Ibu Mengandung Menangis Gembira Dapat Makan Kek Pengantin

Page Mengidam

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Siti Aina
Lagi tulisan Siti
Hai! nama penuh Siti Aina Sarah, tapi lebih mesra dikenali sebagai Aina. Berusia 22 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Pelajar Bachelor (Hons.) in Broadcasting dari UiTM Shah Alam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Merupakan seorang yang suka untuk mencuba dan senang untuk bergaul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ayang mak balik!” – [VIDEO] Ibu Teruja Lihat Anak Depan Mata Selepas Lama Berpisah Sebab PKP
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ayang-mak-balik-video-ibu-teruja-lihat-anak-depan-mata-selepas-lama-berpisah-sebab-pkp/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM