in

“Mesti tiap minggu balik!” – [VIDEO] Nenek ‘Makeover’ Ruang Tamu Jadi Kolam Mini Demi Cucu!

Page Kolam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita dah boleh merentas daerah dan juga negeri ni, boleh kata setiap minggu jugalah jalanraya jammed! Bukan apa, ni mesti masing-masing kerap balik ke kampung halaman untuk lepaskan rindu dengan keluarga tersayang.


Tapi… zaman sekarang kanak-kanak generasi Z ni kebanyakannya lagi banyak habiskan masa dengan gajet diorang daripada luangkan masa dengan nenek dan datuk kat kampung….

Pun begitu, ada juga atuk dan nenek yang sanggup buat apa saja demi dapatkan perhatian cucu mereka! Seperti satu perkongsian video di TikTok ni, apa yang min boleh simpulkan dari tindakan nenek ni… Memang power lah!

@_ciknanaa

Selepas mandi nenek nya, akan buang segala air dan bersih kan sampai kering. Ini kolam ngak 24hour air di dalam. Biasa nya 2 hour aja?. #johor

♬ This to this – Hisokaswildcard???⛓?

Video yang dikongsikan menerusi pemilik akaun @_ciknanaa, dia menunjukkan hasil makeover ibunya untuk memastikan cucu-cucunya dapat menikmati keseronokan di kampung. Mana taknya, ada mini swimming pool kat depan TV!

“Asal ruang tamu je ni…”

Kalau korang tengok dalam video kat atas tu tadi, kawasan kolam mini itu difahamkan sebelum ini hanyalah ruang tamu yang luas tanpa sebarang perabot dan hanya beralaskan karpet.

Bukan tu je, boleh kata kawasan sekitar kolam mini tu pun dilihatkan ceria dengan dekorasi-dekorasi menarik. Kalau tak percaya, korang boleh tengok dalam video kat bawah ni. Macam kat sekolah, cantik!

@_ciknanaa

Kolam budak jer?✌? #batupahat #johor

♬ Cinta Pertama – Welcome Ezal

“Apa jadi kalau tak jadi kolam?”

Haa, mesti ada juga yang tertanya-tanya kan kalau tak pasang air, kawasan kolam mini jadi apa? Terbiar je ke air dia? Tak gais! Memang nenek ni dah lama rancang, family dia je lalai… Hahaha gurau-gurau!

@_ciknanaa

Balas kepada @lunajackss bila tak mandi, kita jadi kan tempat baring and cucu2 main?.

♬ bunyi asal – _CikNanaa – _CikNanaa

Nampaknya ia masih lagi dijadikan kawasan ruang tamu dan tempat untuk baring sambil menonton TV rupanya… Dalam video itu juga, nenek tersebut menunjukkan bahawa pengaliran air untuk kolam itu dikawal dengan baik kerana mempunyai satu paip berhampiran di situ.

Seronok lah cucu-cucu dia dapat main pool free! Okay lah tu kan? Ada juga memori zaman kanak-kanak yang best. Hehehe…

Baca: “Seronok betul tu!” – [VIDEO] Anak Cucu Kasi ‘Can’ Tok Ayah Main Gelongsor Air, Senyum Sampai Ke Telinga!

Untitled 3 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.