Operasi Bersepadu MOTAC, Premis Pelancongan Haram Berdepan Denda RM500 Ribu!

Tambah ke Sumber Pilihan
Operasi Bersepadu MOTAC, Premis Pelancongan Haram Berdepan Denda RM500 Ribu!

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melancarkan satu operasi penguatkuasaan bersepadu besar-besaran bagi membanteras entiti pelancongan yang beroperasi secara haram dan menyalahgunakan lesen ejen pelancongan.

Operasi bersasar ini telah dijalankan pada 9 dan 10 April 2026 di tiga lokasi utama di Sabah, iaitu Kota Kinabalu, Tawau, dan Semporna. Menurut kenyataan yang dikeluarkan MOTAC, operasi tersebut merupakan hasil daripada aktiviti risikan yang dijalankan selama beberapa bulan.


Pakej Semporna MabulSumber: Gambar Hiasan

Bagi memastikan penguatkuasaan yang menyeluruh, MOTAC telah mengkoordinasi kerjasama bersama beberapa agensi keselamatan dan perundangan lain termasuk:

  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  • Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)

Sepanjang tempoh operasi tersebut, sebanyak 13 premis perniagaan dan 11 individu telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53].

Pegawai penguat kuasa MOTAC telah mengeluarkan sebanyak 7 notis pemeriksaan. Antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah, berurus niaga dengan entiti atau pihak yang tidak berlesen, menjadi proksi kepada entiti asing yang mencurigakan dan gagal membuat pengisytiharan cukai pendapatan atau membuat pengisytiharan palsu.

Sehubungan itu, MOTAC memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak menyediakan perkhidmatan pelancongan seperti pengangkutan, penginapan, atau penganjuran aktiviti tanpa lesen, sama ada melalui premis fizikal mahupun secara dalam talian dan media sosial.

Pihak yang didapati bersalah boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sangat berat. Jika disabitkan kesalahan di bawah Akta 482, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM500,000.00, hukuman penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel berkaitan : Isu Jemaah Umrah Terkandas, PU Abu Letak Jawatan Sebagai Mutawif

Artikel berkaitan : “Mudahkan kerja polis & Interpol” – Polis Minta Mangsa Penipuan Pakej Pelancongan ‘Influencer’ Tampil Buat Laporan

Langkah drastik ini diambil bagi memastikan keselamatan pelancong sentiasa terjamin dan memelihara imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Penguatkuasaan ini juga selaras dengan prinsip tadbir urus baik dan keadilan di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pelancongan yang melanggar undang-undang digesa untuk menyalurkan aduan melalui saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di pautan https://motac.spab.gov.my.

Sumber : MOTAC

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Operasi Bersepadu MOTAC, Premis Pelancongan Haram Berdepan Denda RM500 Ribu!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/operasi-bersepadu-motac-premis-pelancongan-haram-berdepan-denda-rm500-ribu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM