in

“Awak taknak bayar sedangkan awak beraya dengan baju yang saya jahit…’

Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, customer is always right. Kan? Tidak kira apa kerenah atau perangai pelanggan itu, kita mesti melayan mereka dengan baik.


Namun, seorang wanita ini bukan sahaja menerima maklum balas yang negatif dari salah seorang pelanggannya, malah namanya juga kini tercalar. Are-da Wb, seorang tukang jahit dari Kelantan baru-baru ini tampil memberi penjelasan kerana ingin membersihkan namanya yang tercalar selepas menjadi tular gara-gara pelanggannya.

Terdahulu, salah seorang pelanggannya telah memuat naik gambar baju raya yang ditempah darinya mendakwa hasil yang diterima tidak memuaskan.

Baju0
sumber: facebook

Melalui status Facebook itu, pelanggan tersebut malah turut menuduhnya menggunakan kain yang dihantar untuk tempahan orang lain. Kelmarin, gilirannya pula memuat naik status untuk memberi penjelasan. Menurut wanita itu, baju tersebut dijahit dan dicuba berkali-kali di hadapannya namun tidak pula diberitahu bahawa jahitannya tidak memuaskan.

Baju3
sumber: facebook
Baju4
sumber: facebook
Baju5
sumber: facebook

Pelbagai kerenah dan permintaan pelanggan tersebut diturutinya sehinggalah pada satu malam dia dimaki di hadapan ramai pelanggan lain.

“Awak dan adik beradik maki saya depan pelanggan saya yang lain pada malam itu. Saya diamkan diri sebab memang saya salah tak siapkan baju adik awak.”

Namun, apa yang membuatkannya tidak dapat berdiam diri lagi adalah apabila pelanggan itu memutar belit ayat di status Facebook serta mengambil gambar rumahnya secara curi-curi.

Dia juga dituduh menggunakan kain adik pelanggan itu untuk tempahan yang lain. Lebih teruk lagi, mereka meminta ganti rugi untuk kain yang kononnya telah digunakan itu serta tidak mahu membayar untuk upah jahit.

Melalui status pelanggan itu juga tidak dinyatakan bahawa dia sebenarnya telah pun membayar ganti rugi kain berkenaan.

Bayar Kain
sumber: facebook

Tetapi rupa-rupanya, pelanggan itu tetap memakai baju berkenaan meskipun tidak berpuas hati dan tidak membayar. Eee tak malunya!

Baju2
sumber: facebook
Baju6
sumber: facebook

Dia juga berkata bahawa bukanlah niatnya mahu mengaibkan atau bergaduh tetapi menurutnya, dia telah pun memohon maaf melalui Whatsapp secara peribadi namun tidak diendahkan.

Netizen yang membaca statusnya rata-rata memberikan sokongan dan mendoakannya di masa akan datang. Tidak lupa juga ada yang bertanyakan lokasi untuk menempah baju dengannya.

Doa1
sumber: facebook
Doa3
sumber: facebook
Jahit1
sumber: facebook
Jahit3
sumber: facebook

Namun, ada juga netizen yang ragu-ragu dan mempersoalkan jika kes ini hanyalah rekaan semata-mata sebagai satu taktik pemasaran. Yeke?

Marketing
sumber: facebook

Apa-apa pun, tak baik aniaya orang macam ni tau! Sesuka hati mencalarkan nama dan perniagaan orang lain.

Baca: Gadis Dakwa Jadi Mangsa Pukul Pemilik Restoran di Johor Tetapi Rupa-rupanya…

Mangsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.