Baru-baru ini, suami kepada pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman iaitu Razzi Razak telah mencuri perhatian orang ramai dengan hantarannya semasa melakukan servis pendingin hawa di TikTok.
Dalam video tersebut dilihat Razzi sedang bekerja sambil menggunakan latar suara kata-kata semangat buat para lelaki.
Artikel berkaitan: Noreen Menangis Kongsi Detik ‘Panggilan’ Pergi Umrah, Neelofa Nasihat Untuk Istiqamah
Artikel berkaitan: Kalau Dipilih Masuk PLKN, Noreen Sanggup Mengandung Setiap Tahun
“Lelaki jangan miskin. Dunia jahat dengan lelaki miskin.”

Dalam hantaran itu, Razzi turut menjelaskan bahawa dirinya takut terhadap ketinggian namun alah bisa tegal biasa, demi mencari rezeki dirinya sudah terbiasa dengan hal tersebut.
Perkongsian tersebut dikatakan telah membuatkan ramai golongan lelaki tersentuh, bagaimanapun berdasarkan pemerhatian penulis, video tersebut telahpun dipadamkan.
“Bila masa aku hina wife aku” – Razzi
Bagaimanapun, Razzi Razak ada membuat satu kenyataan berikutan dengan hantaran tersebut menerusi Threads miliknya. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa ada yang mendakwa hantaran itu seperti menjatuhkan imej isterinya, Norreen.
Ini kerana Razzi menyatakan bahawa tujuan dia membuat hantaran tersebut hanyalah sekadar penyuntik semangat buatnya untuk menjadi lebih rajin dan lebih fokus serta mahu dijadikan sebagai satu kenangan jika berjaya untuk mengimbau kesusahan mereka dahulu.

Berikutan itu, Norreen Iman dilihat meninggalkan respon terhadap kenyataan di hantaran Threads yang ditulis Razzi Razak.
Dalam komen tersebut, Norreen mengimbau detik ‘perjuangan’ mereka pada 7 tahun pertama perkahwinan dalam menyara kehidupan. Dalam masa yang sama, Norreen turut menitipkan nasihat dan pesanan untuk tidak menggunakan istilah “dunia kejam pada lelaki miskin”, sebaliknya ia adalah rezeki daripada Allah.

Sebelum ini, keberadaan Norreen bersama suami di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk prosdiding tuntutan pengesahan lafaz cerai menjadi perhatian ramai.
Pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Noreen selaku plaintif. Namun begitu, mereka berdua enggan memberikan sebarang komen selepas keluar dari dewan bicara.
