in

Arcturus, Varian Covid-19 Terbaru Sudah Masuk Ke Malaysia

Covid Arcturus Masuk Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun kini situasi Covid-19 di Malaysia semakin baik dan tiada lagi kes melonjak secara mendadak, kita haruslah sentiasa berwaspada supaya kejadian yang lampau tidak lagi berulang. Tobat dah eh PKP macam dulu! 

Baru-baru, varian baharu Covid-19 yang digelar sebagai Arcturus telah menyebabkan lonjakan kes baharu di India dan mengakibatkan beberapa gejala unik pada kanak-kanak, lapor Berita Harian.


E7B44080 9375 11Ed 9E6B Be9D23Cd08B4

Lebih membimbangkan, varian yang dikesan di India pada Januari tahun ini telah merebak ke 22 buah negara, termasuklah UK, US dan Singapura.

Menurut data dari Rajeev Venkaya, Penolong Dekan Penyelidikan dan Profesor di New York Institute of Technology, varian baharu Arcturus (XBB.1.16) ini sudahpun memasuki Malaysia.

Kes di India lonjak 11K, varian baru beri kesan pada kanak-kanak 

Portal Independent melaporkan, varian ini bertanggungjawab terhadap peningkatan jangkitan di India hingga menyebabkan kerajaan tersebut mengambil langkah baharu termasuk mengembalikan pemakaian pelitup muka.

India telah merekodkan sebanyak 11,109 kes baharu pada Jumaat lepas dan ia merupakan lonjakan mendadak daripada 7,830 kes yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

116084819 Smallergettyimages 1204224469 1

Penyebaran strain ini juga telah membimbangkan pakar kerana ia kelihatan menunjukkan simptom unik pada kanak-kanak, yang mana salah satunya adalah konjunktivitis.

Gejala varian ini juga termasuklah demam tinggi, batuk, konjunktivitis ‘gatal’, kata Jawatankuasa Imunisasi Akademi Pediatrik India Vipin Vashishtha kepada Hindustan Times.

Biasanya, kanak-kanak ini datang dengan jangkitan pernafasan mudah seperti batuk, selesema, demam dan apabila diuji mereka ternyata positif (Covid-19),” kata pakar pediatrik Dr Rahul Nagpal pula.

Manakala simptom utama Arcturus pada orang dewasa menyerupai selesema termasuk keluar bendalir hidung, sakit tekak dan batuk.

Harap kita semua berwaspada, tambahan pula dengan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi. 

Baca: Kes Covid-19 Meningkat Di China, Penghantaran Pulang Yi Yi Dan Sheng Yi Ditangguh Lagi

Panda

Sumber: Yahoo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.