in

Kes Covid-19 Meningkat Di China, Penghantaran Pulang Yi Yi Dan Sheng Yi Ditangguh Lagi

cats 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penghantaran pulang anak panda Yi Yi dan Sheng Yi ke China sekali lagi ditangguh, lapor Timbalan Pengarah Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana. Difahamkan, anak panda tersebut dijadualkan untuk dihantar semula pada bulan depan.

Jelasnya dalam satu kenyataan, keputusan ini dibuat oleh Kerajaan China ekoran kes Covid-19 di negara itu yang semakin meningkat. Sehingga kini, masih belum ada kata putus berkenaan tarikh rasmi untuk penghantaran semula panda tersebut.


“Tahun ini sudah dua, tiga kali ditangguhkan kerana situasi Covid-19 di China, namun kedua-dua anak panda ini tetap akan dibawa balik… mungkin penghujung tahun ini atau awal tahun depan, bergantung dengan keputusan Kerajaan China,” katanya kepada sumber.

FW1272958 KL16 14122022 FOODPANDA BN202212133293 lpr

Terdahulu, media melaporkan anak panda Yi Yi dan Sheng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara akan dihantar ke Chengdu pada pertengahan Mei ini selepas ditangguh beberapa kali.

Untuk rekod, Yi Yi dan Sheng Yi ialah anak kepada pasangan panda, Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan kepada kerajaan Malaysia pada tahun 2014 untuk tempoh 10 tahun. Ia adalah bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China.

Pasangan panda berkenaan yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang telah melahirkan tiga ekor anak panda iaitu Nua Nuan (18 Ogos 2015), Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi (30 Mei 2021).

Kredit: Harian Metro

BACA: Tak Terurus & Nampak Kurus, Netizen Terkejut Tengok Keadaan Panda Di Zoo Memphis

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.