in

Arak Tidak Dijual Semasa Lockdown, Tapi Rokok Dibenar Jual Untuk Yang ‘Ketagih’ – Timb. Menteri

Jual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini berlaku kekeliruan berkaitan penjualan alkohol selepas Polis Brickfields telah menutup sebuah kedai arak yang menurut pihak berkuasa sebagai bukan perkhidmatan perlu (non essential services).


Menurut Malaysiakini, terdapat juga laporan polis yang didakwa mengarahkan pasar raya besar untuk menutup bahagian alkoholnya yang dipertikaikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim.

Kekeliruan tersebut akhirnya terjawab selepas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid mengesahkan yang penjualan produk tersebut di mana-mana premis adalah diharamkan.

Rosol 1602747928

“Hal ini kerana arak telah dikategorikan sebagai item non-essential oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Menurutnya lagi, semua premis tidak hanya premis menjual alkohol dan arak semata-mata adalah dilarang menjual item tersebut.

“Ya, ia tidak boleh dijual dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami hanya menuruti SOP yang ditetapkan oleh MKN. Kerajaan telah memberi perintah, jadi kita harus turuti,” katanya lagi kepada The Vibes.

Tiada Lagi Penjualan Arak Di Kedai Runcit Kedai Serbaneka Di Kl Bermula 1 Oktober 2021

 

Rokok boleh dijual 

Walau bagaimanapun, rokok yang tidak dikategorikan sebagai item perlu boleh dijual dalam tempoh lockdown kerana ia adalah keperluan bagi mereka yang mengalami ketagihan merokok.

Malaysia Raja Pasaran Rokok Seludup Dunia 1

Bila diminta untuk mengesahkan sama ada rokok masih boleh dijual atau tidak, Rosol berkata,

Walaupun ia item non-essential di bawah MKN, ia masih ‘essential’ kepada mereka yang ketagih rokok. 

“Kita tidak boleh berhentikan penjualannya, nanti akan ada masalah. Hanya perokok yang faham. Tanpa rokok, ia akan jadi masalah besar kepada mereka,” katanya lagi.

Harap MKN akan perjelas lebih lagi tentang isu penjualan kedua-dua item ini dalam SOP mereka supaya tidak wujud lagi kekeliruan seperti ini. 

Baca: Semua Kilang Arak Diarahkan Tutup Sepanjang ‘Total Lockdown’ – MKN

Calrs

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.